Tuesday, January 31, 2012

Cuti-cuti Morib

Happy Chinese New Year to all chinese! (tak terlambat lagi nak wish kan? hehe~)

cuti raya cina, ada yang suti seminggu, ada yang cuti 3 hari je.
adik2 ku cuti seminggu.
so kami decided bercuti2 la.
kami bercuti di Morib Gold Coast je.
ok la kan, bercuti jugak.

kami ke sane 3 hari 2 malam.
kami stayed kat Gold Coast Morib Water Theme Park Resort.
best! sebab ada theme park sekali.
apalagi, kami 3 hari berturut-turut berendam.
akibatnya kulit aku sunburn! grrr~

tapi memang puas hati.
sesuai untuk married couple yg nak g honeymoon. =)


theme park. mase first day check in, orang tak ramai, best gile nak mandi. masuk hari kedua ketiga,penuh!

jalan2 pantai morib


bilik kami.dua katil single, kami rapatkan jadi katin queen.haha

restoran atas air, so romantic. belakang hotel je.

nak merasa naik moto, melayang RM50~

dalam bilik air ada jacuzzi~

ni pemandangan waktu malam.ada balkoni, tu yang best tu. bangunan depan tu apartment dalam pembinaan~

Wednesday, January 18, 2012

Tips Memilih Perfume

Sebelum ni aku ada post tentang koleksi perfume aku kan..
entri yang bertajuk Wanita dan Perfume.

so kali ni nak share camne nak beli perfume yang sesuai dengan kulit kita.
kadang2 yang tersalah beli, korang akan bau sampai pening kepala la, last2 perfume tu buat perhiasan je dalam almari kan.rugi rugi! ~

so, here some tips for u ollss!

1) CUBA - kat mane2 kaunter jual perfumes, mereka akan ada tester. so korang ada hak untuk test perfumes2 tersebut. jangan test atas kertas cam biase yang kat shopping complex tu buat tau! korang test kat pergelangan tangan di nadi korang. lepas cube tu, korang g lah jalan2 mane2, after few hours, korang bau semula tangan korang, adakah anda senang dengan bau tersebut atau sebaliknya. kalau bau yang memeningkan, lupakanlah niat nak beli perfume tu!

2) JANGAN TIRU - korang jangan la tiru jenama perfume kawan2 korang. deria bau mereka dan deria bau kita lain tau. jangan mudah terpengaruh ye! =)

3) SERBUK KOPI - serbuk kopi? apa kena mengena kopi dangan perfume? haa, untuk pengetahuan korang, ada gunanya serbuk kopi ni. setiap kaunter atau kedai2 yang menjual perfume, mereka pasti sediakan serbuk kopi ni. tujuannya adalah men-naturalkan bau anda selepa anda bau perlbagai jenis perfumess.. INGAT! kalau nak bau perfumes, hanya 3 kali je, masuk kali ke 4, bau perfume akan berubah pada deria anda dan bau lah serbuk kopi untuk men-naturalkan deria bau anda. =)


4) HARGA - biasenya, perfumes yang branded ni mahal. tapi untuk botol kecil, tak mahal sangat, dalam rm1++ je. tapii untuk lebih jimat, aku cadangkan korang beli mase YES (Year End Sales), atau sales2 perayaan!! time nih harga perfumes gila2 murah punya! sometimes, korang boleh dapat satu set perfumes (body lotion + perfumes + sample perfumes) cuma bawah RM200 je! lagi satu, nak lagiii jimat, beli la pefumes yang dlama satu kotak ada macam2 jenama tu, botolnya kecik je. kat langkawi sangat2 mudah nak dapat. jangan kedekut sangat untuk manjakan diri korang dengan perfumes mahal, its worth it, trust me.=)


5) MATAHARI - Ladiess! please lah jauhkan perfume korang dari cahaya matahari. sebab cahaya matahari ni akan mengubah bau asli perfume korang, tak kisahlah yang branded atau biase. ni salah satu fav ladies yang suka tinggalkan perfume dalam kete,alasan memudahkan mereka pakai perfume lepas lunch hour. so, sesape yang meja solek dekat dengan tingkap atau senang terkena cahay matahari, tak payah ubah kedudukan meja solek anda, just alihkan perfume anda dalam almari baju. cari space sikit untuk letak dlm almari.


#SELAMAT MEMBELI PERFUMESS! =))

Tuesday, January 17, 2012

Boulevard

Semalam (16Jan2012) dapat call dari Asia Pasific Worldwide utk datang interview.
mase tu dok fikir tah bila lah aku apply keje tu sb banyak sangat apply.

bila tanya jawatan apa apply, dia kata Communication & Promotion Executive.
ermm, macam tak minat je, tah  camnelah aku boleh apply keje tu.

malas nak g, pastu last2 g jugaklah.
masuk KL lpt tol sg.besi jem giler!
standard lah kl jem kan.

dalam sejam lebih gak la, baru sampai.
interview ni bkn sebarang interview, siap ada 3 stage.

stage 1 aku llus lepas di inetrview 2 org penemuduga.
stage 2 pulak dengan Leader Promotion ni,.yang specialnya, interview stage kedua ni bukannya dalam office tp kat kopitiam kat midvalley, alah bagunan sebelah je.
stage 3 pulak dalam office lah.

salary memang masyuk.
dengan salary camtu memang boleh duk KL pny..

keputusan? ntahlah~

amik gambar dlm tandas, hilangkan gemuruh, haha~

Monday, January 16, 2012

Lady In Red

I love striking colors!

14Jan2012 is my Red Day!




(untuk lihat gambar terang dan nyata, sila klik gambar)










Hafis & Nazirah (Bertandang) - Taman Panchor Jaya,Seremban

14 Jan 2012.

Sebelum ni aku ada update tentang majlis pernikahan Hafis dan Nazirah  di Senawang. Nazirah & Hafis..Senawang,N9 (Solemnization)

2 bulan lepas tu, majlis bertandang mereka di Taman Panchor Jaya,Seremban.









sekitar majlis

Wednesday, January 11, 2012

Rahsia Sentiasa Kurus

aku suka makan!
ngadap laptop,makan.
ngadap tv,makan.
tengah bt keje,makan.

makan!makan!makan!

tapi badan susah nak naik.
pipi je senang naik, haha!

rahsianya....
MENARI!

inspirasi tarian aku ialah dari video2 klip hindustan.
sebab tarian mereka lebih menggunakan punggung, pinggang, kaki.
sedikit sebanyak dapat la buang lemak2ss yang bermaharajalela tu.

selain dr tu jugak, dapat la ubat kerinduan aku nak menari.
almaklumlah da 5 tahun meninggalkan alam tarian ~

ni antara yang fav aku untuk menari dan aku da hafal tarian2 mereka nih.
try la, korang akan rase sangattt seronok!

SELAMAT MENGKURUSKAN BADAN! =)

                                       
                                     Lagu:  Chammak Chalo
                                     Filem: Ra.One
                                     *Apa yang special lagu ni ialah AKON nyanyi hindustan,    
                                      WOW!


                                    Lagu: Dance Pe Chance
                                    Filem: Rab Ne Bana Di Jodi

Kisah Di Hospital KPJ Seremban

Tanggal 29 Disember 2011, tarikh bonda di masukkan ke dalam wad.
puncanya adalah ermmm....sakit puan la ye, terlalu peribadi untuk di mentionkan kat sini.

bonda admitted petang, jadi aku dan 2 hero yang hantarkan bonda kat hospital.
Kakak Nurse tengah check ibu. ps:kakak ni namenya Mahirah,  cun sangat!



nak balik da, dlm pukul 9 camtu kot.
ibu melambai kat kami sebelum kami masuk lif
dari hospital, kami singgah melantak, sesi menggemukkan badan!

...................................


esoknya (30 Dis 2011)
aku datang hospital awal 9 pagi sebab bonda operate dalam 11 pg camtu.
aku datang dengan adik bongsu,Zikry.





Sementara tunggu bonda g bt check up, dekat 2 jam jugak lamenya ~

baru lepas check. masuk wayar halusss

dalam 30min rest, nurse dtg hantar baju biru ni. get ready utk operate

da get ready nak g bilik bedah. abg tu kata "meh la ikut sekali"

benda nilah yg dibuang.besar!

kawan2 datang melawat lepas sejam di-operate



*Moga bonda cepat2 sembuh! amin~