Friday, December 9, 2011

Wanita dan Perfume

perfume dan wanita memang tak dapat dipisahkan.
tak kisah la, murah ke, mahal ke, berjenama ke atau tidak berjenama
ikut aura,citarasa masing2 kan.

aku pulak mula berjinak2 dengan dunia perfume ni sejak tingkatan 1.
almaklum la, nak meningkat remaja, hehe
dulu beli yang jenis murah2 je, ala budak2 lagi, mane tau murah ke mahal, janji wangi.


1) aku ingat lagi, first perfume aku ialah Pucelle.
wane pink lg tau, sembuh satu badan.
mase tu bangga la beb, haha
lame gak gune pucelle ni sb suke bau die yang sweet.

2) pastu da berani tukar pulak, jenama Enchanteur.
ingat lagi time tu form 2.
sekarang pun pakai lg jenama ni, yang botol kaca tu.

3) pastu bonda ahli Avon.
dulu pun bonda ni rajin manjekan kami adik beradik dengan perfumes2 ni.
bonda belikan perfumes jenama dari Avon, not bad..
yang Far Away ni bau die strong sikit, tak sesuai dgn hidung aku ni, hehe, pakai kejap je.

4) pastu tukar Celeb.
dari Avon gak, yang ni bau sweet.



then, ayah kan keje kastam.
then kalau nak beli perfume2 berjenama kat LCCT tu, dpt half price sb keje kat LCCT, kan.
ayah rajin belikan macam3 perfumes jenama kat bonda n adik beradik.

dulu aku n bonda je yang suke perfume.
adik2 kembar kurang sikit,

first branded perfume aku lupe da.
tapi ada half koleksi dgn aku.


1) Nina Ricci. wangit sangat2!!!
bau ni sesuai dengan hidung aku, sweet and soft.
ni hadiah dari ibu sempena masuk study unisel.2008.

2) 212. yang ni beli yang sample2 tu, btol same tapi kecik tapak tangan je.
baunya, wangi!!! ni ayah beli, dia beli yang sample banyak2 tu, macam2 jenama ada.
tapi aku sempat rembat ni jelah, haha

3) Dreaming Pearl dr Tommy Hilfiger.
ni ibu punya, pastu die bagi kat aku.
bau not bad. ikut mood aku jugak bau ni.

4) 212 Sexy.
ni dari koleksi sample2 tu la, adik aku dapat rembat pulak, wangiii sangat2!

5) Mariah Carey's Luscious Pink.
mula2 ayah bagi adik2 kembar aku sb result PMR the best.
then aku bau, soft giler!
aku bodek2 ayah, ayah belikan, hehe
ni beli kat LCCT, bygkan harga RM280, dpt RM 150 100ml, murahhh!!
so sekarang, kami adik beradik 3 orang ade perfume yang same! haha

6) Nina Ricci jugak. (sesuai dgn aura aku nina ricci nih!)
yang ni bau strong sikittt..
ibu bagi ni,mase praktikal 2010 selalu kluar event.
pakai perfume ni macam satu aura yg bt semangat nak keje.

7) Aigner Starlight.
ni botol sample jugak, not bad baunya.

8) Intimately Beckham.
yang ni mase mula2 baru keluar, aku test bau kat Parkson,
softt sangatt!
then da pasang niat nak beli, RM150 je memandangkan da lame tak bertukar perfume.
dalam beberapa minggu tu, sepup aku yang duk kat Qatar call.
dia tanya ade nak kirim beli apa2 tak sebab dia nak balik Malaysia.

wahh! satu peluang ni, aku kirim nak beli perfume nih.
do time tu sepupu aku ni tak dapat tangkap perfume mane, aku siap post gambar kat FB die.
bila dia sampai Msia, die kata RM80 je! rezeki aku!!!

nilah sebahagian dari branded perfumes aku yang pernah pakai.
sekarang ni, da banyak perfume murah2.
nak lagi murah, beli time sales atau kat Langkawi.

0 comments: