Wednesday, November 16, 2011

Resepi Apam Polka Dot

nak kongsi resepi apam polka dot. mudah je, tak sampai sejam da siap.=)

bahan-bahan
3 biji telur dari peti sejuk
1 cawan gula halus
1 sudu besar ovalette
2 cawan tepung naik sendiri (di ayak)
1 cawan susu segar
pewarna

cara-cara
1. panaskan pengukus. pukul telur, gula dan ovalette sampai kembang.
2. bila da kembang, masukkan tepung bersamaan susu berselang-seli dan gaulkan rata.


3. asingkan adunan kepada beberapa bekas (tapi aku cuma asingkan 2 bekas je, dapat buat banyak). letakkan pewarna kesukaan.

 


4. asingkan sedikit adunan dan masukkan dalam piping bag untuk buat polka dot.
5. masukkan adunan ke dalam cup.
6. kukus selama 10-15 minit.

da siap!

SELAMAT MENCUBA! kalau tak jadi, boleh tanya melalui PM kat FB/komen di bawah. =D

2 comments:

hafizharipin said...

ade telur ke , alahai saya vageterian, xboleh makan telur

zarifahmunirah said...

cittt, vegeterian la sgtt! yg tiap2 mlm bantai telur goreng tu?=p