Wednesday, November 30, 2011

Puisi Cinta Zahiril Adzim Buat Shera

ni puisi Zahiril untuk isterinya, Shera Ayob.
yang specialnya, Zahiril bacakan puisi untuk isterinya mase hari persandingan mereka.
auwww sweet gile!
Shera pulak menangis terharu.

*awak ada puisi untuk saya tak? =p


ni lah bait-bait puisi:




“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.” 

Sunday, November 27, 2011

Kendy & Doreen. Kepong / Seremban 2

Kepong

Kepong

Seremban 2

Seremban 2

Seremban 2

Seremban 2

Seremban 2

Seremban 2

Nazirah + Hafis..Senawang,N9 (Solemnization)






Wednesday, November 23, 2011

Harimau Malaya vs Garuda

22 Nov 2011.
berlangsungnya final sukan sea bola sepak antara Malaysia dan Indonesia.

niat hati memang nak tengok, pukul 9 mlm mata nak ngantuk, hadoii.
baru depan tv, peluk bantal, berselimut, terus terlelap.

pukul 12 tgh malam terjaga sebab dahaga.
adik bagitau Msia menang 4-3.
fuhh mantap!

tahniah buat Malaysia! bangga lah !



Wednesday, November 16, 2011

word search book

selamat petang!

korang pernah tak main word search?
sebenarnya ni bukan la permainan tp buku yang uji minda kite (aku makin pening ada la, haha)

ni antara yang aku suke la, memang best.
dulu bonda la yang rajin beli, jadi kami suke pulak.

try la beli dan mulekan main!
murah je, RM8.50 senaskah

*p/s: sila abaikan eyebag ~

Resepi Apam Polka Dot

nak kongsi resepi apam polka dot. mudah je, tak sampai sejam da siap.=)

bahan-bahan
3 biji telur dari peti sejuk
1 cawan gula halus
1 sudu besar ovalette
2 cawan tepung naik sendiri (di ayak)
1 cawan susu segar
pewarna

cara-cara
1. panaskan pengukus. pukul telur, gula dan ovalette sampai kembang.
2. bila da kembang, masukkan tepung bersamaan susu berselang-seli dan gaulkan rata.


3. asingkan adunan kepada beberapa bekas (tapi aku cuma asingkan 2 bekas je, dapat buat banyak). letakkan pewarna kesukaan.

 


4. asingkan sedikit adunan dan masukkan dalam piping bag untuk buat polka dot.
5. masukkan adunan ke dalam cup.
6. kukus selama 10-15 minit.

da siap!

SELAMAT MENCUBA! kalau tak jadi, boleh tanya melalui PM kat FB/komen di bawah. =D

UM - University of Miami

nak sambung study kat sini ==> klik
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
insyaAllah jika sudah tertulis takdir ku di situ =)

Tuesday, November 15, 2011

tak suka!

minggu ni g terengganu. tak suka!
ok dah diam! ~


Apam Polka Dottie

Masa lapang, aku suka buat kek.
kek coklat moist, cupcake, apam polka dot.
sebab mereka ni sangat lah comel, hehe~

antara yang paling aku suka buat ialah apam polka dot.
aku jual gak apam ni tiap2 pagi kat kedai makan.

takdelah duk kedai tu jual, kirenya hantar kuih ni kat kedai je.
tengah hari datang amik duit jualan.
duit sampingan, hehe ~

ni antara yang sempat aku snap.
apam2 yang lain asyik lupe je nak amik gambar.


salah satu tempahan.
tempahan sempena Hari Deepavali 2011


WELCOME BACK !


  


holaaa!
lame da tak update blog. 3 bulan kot?


dalam 3 bulan, rase malas je nak update blog, almaklum lh bz sikit.
ni pun ade mase curi2 la tukar layout blog bagai.


sekarang ni keje, kat mane? malaysia jugak lah, haha ~


baru2 ni, 17 Oktober 2011 adalah tarikh keramat aku dan kawan2 seangkatan yang lain menjadi seorang graduan, alumni.
betapa bangganya kami apabila tersarunglah jubah dan mortarboard yang orang selalu pakai.
bukan senang nak dapat pakai, tunggu 3, 5 tahun nak pakai.


paling bangga of course la parents kami.
bangga anak2 mereka berjaya di menara gading.


dan aku, aku bangga lihat senyuman di wajah kedua bonda ayahanda ku sampai bonda update kt FB dia, hehe~


seminggu sebelum tarikh keramat, aku da bermastautin kat Shah Alam, yelah, nak amik jubah lagi, ade rehersal lagi, jadi buang mase kalau ulang alik dari rumah.
seminggu adalah detik2 paling indah kami sebelum bergelar graduan.


dan dalam mase seminggu tu jugak lah, kami manfaatkan sebaik2nya masa yang ada.
kami pulun habis2 tangkap gambar pakai jubah, nanti bila lagi nak merasa,kan.


dekat rawang, studio, Batang Berjuntai lokasi kami.
penat memang penat asalkan puas hati.


Templer Park, Rawang
Templer Park, Rawang


Unisel, BJ. lepas amik jubah
Unisel BJ + Istana Kehakiman Putrajaya

Alam Impian



                                                                        ......................................


ni pulak mase hari konvo.
ni baru je lepas amik skrol, sesi bergambar dgn parents kat luar dewan.
panas giler sampai aku sakit kepala!


ayahanda dan bonda

abah,kirin, budak nakal, me, lia