Friday, December 9, 2011

Wanita dan Perfume

perfume dan wanita memang tak dapat dipisahkan.
tak kisah la, murah ke, mahal ke, berjenama ke atau tidak berjenama
ikut aura,citarasa masing2 kan.

aku pulak mula berjinak2 dengan dunia perfume ni sejak tingkatan 1.
almaklum la, nak meningkat remaja, hehe
dulu beli yang jenis murah2 je, ala budak2 lagi, mane tau murah ke mahal, janji wangi.


1) aku ingat lagi, first perfume aku ialah Pucelle.
wane pink lg tau, sembuh satu badan.
mase tu bangga la beb, haha
lame gak gune pucelle ni sb suke bau die yang sweet.

2) pastu da berani tukar pulak, jenama Enchanteur.
ingat lagi time tu form 2.
sekarang pun pakai lg jenama ni, yang botol kaca tu.

3) pastu bonda ahli Avon.
dulu pun bonda ni rajin manjekan kami adik beradik dengan perfumes2 ni.
bonda belikan perfumes jenama dari Avon, not bad..
yang Far Away ni bau die strong sikit, tak sesuai dgn hidung aku ni, hehe, pakai kejap je.

4) pastu tukar Celeb.
dari Avon gak, yang ni bau sweet.



then, ayah kan keje kastam.
then kalau nak beli perfume2 berjenama kat LCCT tu, dpt half price sb keje kat LCCT, kan.
ayah rajin belikan macam3 perfumes jenama kat bonda n adik beradik.

dulu aku n bonda je yang suke perfume.
adik2 kembar kurang sikit,

first branded perfume aku lupe da.
tapi ada half koleksi dgn aku.


1) Nina Ricci. wangit sangat2!!!
bau ni sesuai dengan hidung aku, sweet and soft.
ni hadiah dari ibu sempena masuk study unisel.2008.

2) 212. yang ni beli yang sample2 tu, btol same tapi kecik tapak tangan je.
baunya, wangi!!! ni ayah beli, dia beli yang sample banyak2 tu, macam2 jenama ada.
tapi aku sempat rembat ni jelah, haha

3) Dreaming Pearl dr Tommy Hilfiger.
ni ibu punya, pastu die bagi kat aku.
bau not bad. ikut mood aku jugak bau ni.

4) 212 Sexy.
ni dari koleksi sample2 tu la, adik aku dapat rembat pulak, wangiii sangat2!

5) Mariah Carey's Luscious Pink.
mula2 ayah bagi adik2 kembar aku sb result PMR the best.
then aku bau, soft giler!
aku bodek2 ayah, ayah belikan, hehe
ni beli kat LCCT, bygkan harga RM280, dpt RM 150 100ml, murahhh!!
so sekarang, kami adik beradik 3 orang ade perfume yang same! haha

6) Nina Ricci jugak. (sesuai dgn aura aku nina ricci nih!)
yang ni bau strong sikittt..
ibu bagi ni,mase praktikal 2010 selalu kluar event.
pakai perfume ni macam satu aura yg bt semangat nak keje.

7) Aigner Starlight.
ni botol sample jugak, not bad baunya.

8) Intimately Beckham.
yang ni mase mula2 baru keluar, aku test bau kat Parkson,
softt sangatt!
then da pasang niat nak beli, RM150 je memandangkan da lame tak bertukar perfume.
dalam beberapa minggu tu, sepup aku yang duk kat Qatar call.
dia tanya ade nak kirim beli apa2 tak sebab dia nak balik Malaysia.

wahh! satu peluang ni, aku kirim nak beli perfume nih.
do time tu sepupu aku ni tak dapat tangkap perfume mane, aku siap post gambar kat FB die.
bila dia sampai Msia, die kata RM80 je! rezeki aku!!!

nilah sebahagian dari branded perfumes aku yang pernah pakai.
sekarang ni, da banyak perfume murah2.
nak lagi murah, beli time sales atau kat Langkawi.

Wednesday, December 7, 2011

Cupcake ice cream yang tak berapa nak jadi

petang2 ni rase nak buat cupcake aiskrim je.
lepas g beli bahan2, terus buat.

start pkul 4pm, habsi pkul 7pm..
memakan mase ialah untuk letak buttercream tu,
fuhh penuh kesabaran..

nilah hasilnya..

Tuesday, December 6, 2011

Khalid & Laiyinah (Bertandang)






Friday, December 2, 2011

Ombak Rindu


minggu ni, kat FB sume sibuk update status nak tengok cite romantik Ombak Rindu.
mmg bikin hati orang rindu je nak tengok lagi, hehe..

Ombak Rindu keluar 1 Dis 2011.
so, aku cakap kat bonda, nak tengok tak cite ombak rindu yang ade novel tu.
bonda apa lagi, memang nak la sebab die penggemar setia novel.
satu rak buku penuh segala2 novel!

then, pagi hari khamis 1Dis tu, aku cepat2 mandi, siap terus g jusco Seremban 2, beli tiket.
aku sampai pukul 11pagi, n nak tengok cite pukul 8malam.
akak kaunter tu "dik, seat wane biru da penuh, yang seat wane kelabu je kosong"
nak tau x, seat yang kosong tak sampai 20!

mak aihhh, cepat giler full!
aku penggemar seat tengah2, full pulak.
terpaksa la amik seat tepi.
tepi pun tepi la, janji dpt tengok.

mase tu,aku g tengok dengan bonda, n 4 orang anak2 kawan bonda.
sume gurls.

ada satu scene tu, aaron @ hariz kenyit mata kat maya karin mase 1day keje, mak aihh, meremang bulu roma i!
adoii, kenapa lah kau berlakon sangat la romantik wahai AAron Aziz!

novel Ombak Rindu ni ada kesinambungan cite die, tajuk novel Cinta..tiada akhirnya

*dengar2 tahun depan bulan 2, Aaron akan mulakan penggambaran drama Adam dan Hawa, diadaptasikan dari novel jugak. aku da bace novel ni, mmg best sangat!! kalau aaron berlakon, lagilah bertambah sodap! tak sabar!

Wednesday, November 30, 2011

Puisi Cinta Zahiril Adzim Buat Shera

ni puisi Zahiril untuk isterinya, Shera Ayob.
yang specialnya, Zahiril bacakan puisi untuk isterinya mase hari persandingan mereka.
auwww sweet gile!
Shera pulak menangis terharu.

*awak ada puisi untuk saya tak? =p


ni lah bait-bait puisi:




“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.” 

Sunday, November 27, 2011

Kendy & Doreen. Kepong / Seremban 2

Kepong

Kepong

Seremban 2

Seremban 2

Seremban 2

Seremban 2

Seremban 2

Seremban 2

Nazirah + Hafis..Senawang,N9 (Solemnization)






Wednesday, November 23, 2011

Harimau Malaya vs Garuda

22 Nov 2011.
berlangsungnya final sukan sea bola sepak antara Malaysia dan Indonesia.

niat hati memang nak tengok, pukul 9 mlm mata nak ngantuk, hadoii.
baru depan tv, peluk bantal, berselimut, terus terlelap.

pukul 12 tgh malam terjaga sebab dahaga.
adik bagitau Msia menang 4-3.
fuhh mantap!

tahniah buat Malaysia! bangga lah !



Wednesday, November 16, 2011

word search book

selamat petang!

korang pernah tak main word search?
sebenarnya ni bukan la permainan tp buku yang uji minda kite (aku makin pening ada la, haha)

ni antara yang aku suke la, memang best.
dulu bonda la yang rajin beli, jadi kami suke pulak.

try la beli dan mulekan main!
murah je, RM8.50 senaskah

*p/s: sila abaikan eyebag ~

Resepi Apam Polka Dot

nak kongsi resepi apam polka dot. mudah je, tak sampai sejam da siap.=)

bahan-bahan
3 biji telur dari peti sejuk
1 cawan gula halus
1 sudu besar ovalette
2 cawan tepung naik sendiri (di ayak)
1 cawan susu segar
pewarna

cara-cara
1. panaskan pengukus. pukul telur, gula dan ovalette sampai kembang.
2. bila da kembang, masukkan tepung bersamaan susu berselang-seli dan gaulkan rata.


3. asingkan adunan kepada beberapa bekas (tapi aku cuma asingkan 2 bekas je, dapat buat banyak). letakkan pewarna kesukaan.

 


4. asingkan sedikit adunan dan masukkan dalam piping bag untuk buat polka dot.
5. masukkan adunan ke dalam cup.
6. kukus selama 10-15 minit.

da siap!

SELAMAT MENCUBA! kalau tak jadi, boleh tanya melalui PM kat FB/komen di bawah. =D

UM - University of Miami

nak sambung study kat sini ==> klik
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
insyaAllah jika sudah tertulis takdir ku di situ =)

Tuesday, November 15, 2011

tak suka!

minggu ni g terengganu. tak suka!
ok dah diam! ~


Apam Polka Dottie

Masa lapang, aku suka buat kek.
kek coklat moist, cupcake, apam polka dot.
sebab mereka ni sangat lah comel, hehe~

antara yang paling aku suka buat ialah apam polka dot.
aku jual gak apam ni tiap2 pagi kat kedai makan.

takdelah duk kedai tu jual, kirenya hantar kuih ni kat kedai je.
tengah hari datang amik duit jualan.
duit sampingan, hehe ~

ni antara yang sempat aku snap.
apam2 yang lain asyik lupe je nak amik gambar.


salah satu tempahan.
tempahan sempena Hari Deepavali 2011


WELCOME BACK !


  


holaaa!
lame da tak update blog. 3 bulan kot?


dalam 3 bulan, rase malas je nak update blog, almaklum lh bz sikit.
ni pun ade mase curi2 la tukar layout blog bagai.


sekarang ni keje, kat mane? malaysia jugak lah, haha ~


baru2 ni, 17 Oktober 2011 adalah tarikh keramat aku dan kawan2 seangkatan yang lain menjadi seorang graduan, alumni.
betapa bangganya kami apabila tersarunglah jubah dan mortarboard yang orang selalu pakai.
bukan senang nak dapat pakai, tunggu 3, 5 tahun nak pakai.


paling bangga of course la parents kami.
bangga anak2 mereka berjaya di menara gading.


dan aku, aku bangga lihat senyuman di wajah kedua bonda ayahanda ku sampai bonda update kt FB dia, hehe~


seminggu sebelum tarikh keramat, aku da bermastautin kat Shah Alam, yelah, nak amik jubah lagi, ade rehersal lagi, jadi buang mase kalau ulang alik dari rumah.
seminggu adalah detik2 paling indah kami sebelum bergelar graduan.


dan dalam mase seminggu tu jugak lah, kami manfaatkan sebaik2nya masa yang ada.
kami pulun habis2 tangkap gambar pakai jubah, nanti bila lagi nak merasa,kan.


dekat rawang, studio, Batang Berjuntai lokasi kami.
penat memang penat asalkan puas hati.


Templer Park, Rawang
Templer Park, Rawang


Unisel, BJ. lepas amik jubah
Unisel BJ + Istana Kehakiman Putrajaya

Alam Impian



                                                                        ......................................


ni pulak mase hari konvo.
ni baru je lepas amik skrol, sesi bergambar dgn parents kat luar dewan.
panas giler sampai aku sakit kepala!


ayahanda dan bonda

abah,kirin, budak nakal, me, lia




Saturday, June 25, 2011

Final Maharaja Lawak 2011 @ stadium melawati shah alam

24 Jun 2011.

bangun seawal pagi.
siap2 nak ke shah alam.
drive sendiri.
semata2 nak amik tiket MAHARAJA LAWAK! hehe

final tu, bile ade lagi kan, takde ulang2 da.
tengok je la youtube tu haa..

beratur tak la ramai sangat orang, beratur ikut name.
Astro bg keutamaan sape yang dapat sms free 4 tiket percuma.

tak sampai setengah jam beratur, dapat da tiket!

Finally! 

Ko ado ? haha

anyway, tahniah SEPAH! 
rezeki bakal anak Syuib + Sarah la tu..=)


majlis sanding + bertandang

hi uollss!
lame da kot tak update blog, buzy la, hee
baru2 ni ade update blog tentang wedding..oupss, not my wedding, my friend's wedding, Maz.
die nie sebaya saya, n satu kelas mase study kat unisel.

baru ni update gambar mase dia nikah je, kat masjid puncak alam.
kali ni nak letak gambar sanding dia, very nice.

mase majlis bertandang, saya jadi pengapit dia.
ramai la yan g tak setuju saya jadi pengapit, kata lambat kawin la..
ishh, sume ajal,maut,jodoh pertemuan di tangan Allah.
tu kepercayaan org dulu2 taknak ank dara mereka 'basi'..

oh lupe, gambar sambut menantu takde lagi, nanti di-update kan ye..

nah, layan la gambar Maz..(psssttt maz,aku nak amik badi ko ye, hehe)




 ni sambut menantu..

tak sangka pelamin warne biru, tenggelam i tau..=p




p/s: gambar malas nak edit.

Friday, June 10, 2011

Tambun --> Cameron Highland

sempena cuti sekolah 2 minggu ni,kan, nak bawak adik2 jalan2.
so, kami pun ke Tambun, nak mandi kat lost world tu kan..
kami ke sana 3 hari.
check in kat Sun Inns Hotel, hotel bajet tapi mmg full-house la.

hari kedua baru g mandi kat tambun.
saya of course tak mandi, jalan2 je dalam tu, adik2 je yang mandi.

 pintu masuk Lost World Tambun.

 sebelum mandi, adik2 nak main game dulu. ape benda name menatang ni tah.



 depan Kepura Cave

 dalam Petting Zoo

 boleh bg burung makan. muka takut,haha


lepas 3 hari kat Tambun, mase otw nak balik Seremban,singgah Cameron jap.
biase naik genting, takde la pening.
ni naik Cameron memang pening, terus tido dalam kete.

mule2 memang nak jalan2 je.
mase kat Tanah Rata, nak turun balik Seremban, hujan pulak.
ibu tak sedap hati, kot2 ade tanah runtuh ke.
so, kami decided, tido semalaman kat Tanah Rata.

kat Tanah Rata ni memang banyak hotel, mostly hotel bajet la..
kami check in kat Planters Hotel, hotel bajet tapi memang cun la, hotel baru.

sejuk!
sambil menaip ni tiup2 tangan bagi panas, hehe.
bilik ni takde aircond, tak perlu pun, da sedia sejuk!







 strawberry celup coklat ! besttt sangatt!!

ni la bilik hotel Planters, Tanah Rata