Saturday, October 30, 2010

da nak tunang


dalam kete menuju ke taman pinggiran USJ 3 bersama maz, kawan saya.
"fa, nanti 12.2.2011 dtg umah aku ye.." -maz-
"knp? buat birthday ko ye..=)" -saya-
"taklah, aku tunang.." -maz-
ha?? maz nak tunang ! cemburunya..
bukan cemburu kt maz tapi cemburu umur sebaya da nak tunang..=')

nak kawin da housemate saya ni, suka!
mereka dijangka kawin bulan sept 2011, insyaAllah..

but, im happy for u, my friend!<3
kata maz,family lelaki dtg mase raya, merisik.
ni kata pakat family nak kahwinkan mereka.
mereka berdua ni ikut je, sape taknak kawin oi!

tak ramai kawan2 yang tau, 5 org je yang tau setakat ni.
maz cerita pasal die cari baju tunang, make up, perrh! jelesnya..
bila la turn saya ni..
org sume tanya saya, bila lagi..

and congrats to my fren maizatul mazni n her fiance-to-be, nashriq.

Tuesday, October 26, 2010

happy!


yeay!
keje saya untuk kelas Advertising & Art Direction da proceed!
thanks puan.ellyna..=)

bulan 11 ada kelas jugak dengan puan ellyna.
kelas untuk final projek tahun depan.
sem ni memang kami takde cuti..=(

bulan 12 pulak da start praktikal.
8 minggu praktikal.

apa2pun, saya da tak sabar nak habis belajar!
friends, sementara masih ada masa ni, jom kita cipta kenangan yang takkan dilupakan!


Monday, October 25, 2010

alam impian

















Tuesday, October 19, 2010

setiap semester, satu rumah

setiap semester, saya pindah2 rumah..
penat memang penat.
bukan sengaja, suka2 nak pindah tapi biasalaaa..
dari rumah teres 2tingkat, pangsapuri, apartment..
tunggu nak pindah merasa umah sewa banglo, n kampung je ni, haha..

last umah saya duduk umah tu, saya ada la rasa nak duduk umah kampung.
yela, murah tau, harga satu bilik, umah kampung boleh dapat sebuah rumah.
tapi mungkin bukan rezeki saya nak duduk umah kampung.

bila difikir2kan balik, funny la, hehe..
ibu takde la bising, yelah, ikut keselasaan saya jugak la kan..
kalau tak selesa duduk umah tu, buat apa nak paksa2 stay jugak..
so, pindah la..

thanks to kawan2 yang pernah tolong saya angkat barang2 saya..=)

lagi 5 bulan saya nak habis belajar da..
habis study, saya nak terus cari keje dan kumpul duit..
saya nak duduk rumah sendiri, lagi senang..
duduk sorang, takde gangguan pun..

kalau family saya nak datang stay sama, saya tak kisah..
da tiba masa untuk saya balas semua jasa2 keluarga..=)

Tuesday, October 12, 2010

Serabutt


walaupun assig sudah tamat, finished,habis tapi kepala still serabut


buktinya:


Friday, October 8, 2010

struggle week, stress month!


bulan 10 ni boleh dikatakan bulan final la.
sebab 2 antara 3 subjek adalah final dan final.
subjek Copywriting adalah subjek penting untuk lulus Advertising & Art Direction so, kena la struggle..
final projek utk copywriting ni kena redesign food packaging dan cara nak promote food tu..
boleh dikatakan senang la.
dan beserta dgn kuiz.
OMG! 20 questions bagaikan 200 questions sb saya benar2 BENCI jawab soalan2..
xtau la dpt berapa per 20 tu, tawakal la..
yang penting submit assigment every week..

subjek kedua adalah Animatin 3D.
susah pada mulanya dan bila buat slow2 diikuti dengan tunjuk ajar, yeay! i can do it!
sebenarnya saya buat endah tak endah je keje 3D bila kena buat sorang.
sebab anytime saya nak buat pun kan..
at last, tanpa disedari da siap 3D!
da submit pun, legaa!=)

subjek ketiga adalah Advertising & Art Direction.
kena struggle subjek ni sb terus ke final dan Diploma Show DG05!
my lecturer, Pn.Ellyna Hashim da mula final projek dr sekarang sebab taknak kelam kabut nanti.
Pn.Ellyna suruh pilih produk yang dekat di hati kita untuk keje final nanti.
saya pilih produk SimplySiti Cosmetics..
sebab? kulit saya sangattttt sesuai dgn produk tersebut.
mahal memang mahal yang penting bersesuaian.
sebelum ni kulit saya amat2 sensitif dengan produk lain especially bedak, mudah je naik jerawat.
tapi SimplySiti is da best!

yang penting sekali, tak sabar 1 Nov 2010!
sebab kelas saya akan bergabung dgn kelas grup C!
thanks to the person who's combine this grup together!

yeay!yeay! nak habis study da!

Saturday, October 2, 2010

ragam study bila nak final


ni la kawan kawan saya.
masa ni kami buat keje sama sama.
tarikh? hujung bulan 9, 2010.
tempat? area seksyen 7 je..

biasalah, bila da final ni, otak masing2 jd bengong.
macam2 ragam la.
saya? buat keje sambil online facebook, heee

ha, yang gambar bawah ni captured by haikal kedodo.
die sengaja tangkap candid.
yang perasan gambar ditangkap tu, sempat la mereka posing.
saya? nasib baik face expression ok! heee


credit to: haikal (yang muka die terpampang beso kat gambar bawah tu..=p)