Sunday, September 5, 2010

facial muka @ cinnamon

sambutan adilfitri tak sampai seminggu je lagi.
umat islam ada yang da perfect semua persiapan raya.
ada yang da beli baju raya, ada yang belum, ad yang pakai yang sedia ada, macam2.
sekarang, mesti ada yang tengah buat kuih raya, cat rumah..

yang gadis2 pula mesti beli make up baru,kan? hehe
ada yang g buat facial mahal2,spa semata2 nak nampak cantik dan berseri2..
p/s: jangan pakai susuk tau!

saya pulak, buat facial muka sendiri, hehe
ala, bukan mahal pun buat facial sendiri.
guna bahan2 semulajadi je..

saya selalu guna serbuk kayu manis atau cinnamon shj, serbuk kunyit + kayu manis & bedak sejuk + kayu manis.
memang berkesan!
tapi kena la rajin, kalau malas, camne nak dapat keberkesanannya,kan..

seriously, sangat2 berkesan!
sape kata bahan semulajadi tak berkesan.

jadi, nak raya ni, kena la lebihhh rajin sikit, hehe..
lebihkan serbuk kayu manis sebab kayu manis ni la yang power, umphh!

yang kayu manis sahaja, letak kat tempat yang bermasalah. cthnya jerawat/ bekas jerawat.
biarkan kering. nak biarkan sampai pagi esoknya pun, takde masalah punya..=)

kalau serbuk kunyit + kayu manis pula, letak kat tempat bermasalah juga.
jangan letak satu muka, kuning la muka korang nanti!
nak letak satu muka pun boleh TAPI bila da kering, terus basuh.
nanti esoknya takde nampak kuning muka korang.

bedak sejuk + kayu manis pula, letak satu muka lagi bagus.
pastu biarkan kering & basuh ATAU biarkan sampai pagi esok.

ha, kayu manis ni pedih kalau letak kat muka tau!
sape yang tak tahan pedih, letak la sikit je..
kalau saya, letak banyak sebab saya suka rasa pedihnya, tak tau kenapa..=)

saya sendiri guna ketiga-tiga cara2 di atas.
berkesan, jadi saya nak kongsi dengan kawan2..=)

p/s: sesapa yang ada baca, SELAMAT MENCUBA!

2 comments:

norain @ ain princess @ kak no @ adek said...

hmmmm.... mmg muka jadi panas..huhuhu... aku dh try.... thax that petua...=)

zarifahmunirah said...

mmg pns, tp nt lme2 ok tau ain..best je rse pns tu..=)