Friday, September 24, 2010

perkahwinan ala cinderella @ fairytale


saya jumpa vid ni kat facebook.
tergerak hati nak tengok, so saya bukak la..
bila da tengok habis, fuhhhh!!
gempak betul la wedding mereka ni!

wedding Nur Nadiah SM Nasimuddin & Hamzah Alang Datuk Azman Shah.
memang wedding fairytale..
so, saya pun download la vid wedding mereka..
tak jemu tengok banyak2 kali, hehe..

saya pun mula la berangan saya kat tempat nadiah ni.
aduiyaiii, best betul!
Tapi no wonder la wedding mereka camni sebab dua2 kaya..

tapi bagi saya la, yang penting akad nikah je.
nikah kat pejabat kadi pun takpe sebab tu yang pentingnya.
ibu, nak kahwinnn!!!

meh kongsi sama2 gambar wed mereka..
nk tgk vid mereka? 
http://www.facebook.com/zarifahmunirah#!/video/video.php?v=116298388428792&ref=mf

nt saya upload kat blog ni vid mereka, k!

Nur Nadiah SM Nasimuddin


She and her hubby












Wednesday, September 22, 2010

final & praktikal

pejam celik pejam celik da nak habis da belajar.
rase macam baruuu je masuk unisel ni, hehe..

sekarang ni tengah struggle untuk siapkan semua final projek.
3D animation, advertising, adoi macam2..
semester ni juga kami takde cuti, uwaaaaa.....
tapi tak pelah, demi masa depan..=)

hujung tahun ni da praktikal.
adoi, peningnya la nak cari tempat praktikal.

kawan kawan, mana mau praktikal??

apa2 pun, siapkan final projek dulu!
ada masa 2 minggu je ni !

tapiii...
bulan mac 2011 da habis! yeayyy!!

Wednesday, September 15, 2010

konvoi raya with kawan kawan sekolah


hari ni kawan2 sekolah ajak g konvoi raya dari rumah ke rumah..
dalam 9 buah rumah jugak la g tadi..
kekenyangan sangat da kami, asyik makannnnn je..=)

nilah kawan2 masa sekolah rendah sampai la sekolah menengah..
susah nak jumpa mereka sekarang padahal rumah dekat2, tempat belajar pun ada yang dekat2 jugak..
tapi study commitment punya pasal, setahun sekali je dapat kumpul..

3 kereta g..
me? of course la drive my 'mini cooper'..=)

meh la saya nak kongsi gambar2 kami tadi bersama sama..


yum!yum! makan laksa, fav!




gurlss...




pinkish!




si lembut zery, haha



bermaafan..maaf??? hahaha





kami dapat berkumpul setahun sekali je..=)

kat umah saya!



snap dlu sblm gerak umah lain pulak..



Tuesday, September 14, 2010

raya raya raya !


saya raya tahun ni kat kg sebelah ibu, kat kuala sawah, dekat je dgn umah..
sebab raya kat sini best! sedara2 sume sekepala..=)

duit raya?
da besar panjang ni, masih dapat duit raya lagi tau, bestt..
da dapat duit raya, terus la masuk dalam bank, nanti hilang dan utk masa depan jugak, hehe..
bila da raya ni, memang tak dapat online punya la..
da balik umah sendiri baru dapat online..=)
apa lagi, update blog la..
jangan marah ye saya update blog..=)


adik, anak2 sepupu menjahanamkan laptop aku..=p



 ayah bagi duit raya, tenkiu ayahh!



adik2 dan anak2 sepupuku..



adik beradik!


berborak lepas bermaaf2an..=)

Wednesday, September 8, 2010

impian musikalku..

2.38am, khamis 9.9.2010.
sehari sebelum raya.
kenapa mataku ndak mau tidur nih?
pejamlah wahai mata.

mata tak boleh tidur, jadi saya download la semua video2 dari filem High School Musical 1-3.
sebab apa?
sebab saya sangat2 teruja n cintakan tarian2 mereka, sangat lincah.
kenapa saya suka? sebab saya amat mencintai bidang tarian dan saya ex-dancer.
badan da gemuk sebab da lame tak menari, hehe..
okey2,sebenarnya saya berangan2 nak ada @ buat satu musikal semua lagu2 dr filem ni.
gunakan lagu mereka dan gerak tarian yang lain dr mereka.
wow! angan2 yang tinggi, hehe..

pentas tarian saya tu mesti la sangat meriah dengan dekorasi yang bling bling dan moden!
pakaian2 penari mesti gempak!
tarian pula boleh buat penonton ingat dan teruja, tak bosan.
,musikal saya bukan hanya tarian sahaja, ia mesti selitkan unsur2 lakonan.
saya nak gadis2, jejaka2 meminati bidang tarian!
dan saya nak musikal saya hingga ke luar negara!

saya bukan saje nak buat musikal ni tapi saya nak jugak terlibat dalm tarian musikal ni!
aduii, bila laa impian ku mau tercapai..
saya mau serbuk ajaib yang boleh tunaikan permintaan ku! fuhhhh......

Sunday, September 5, 2010

facial muka @ cinnamon

sambutan adilfitri tak sampai seminggu je lagi.
umat islam ada yang da perfect semua persiapan raya.
ada yang da beli baju raya, ada yang belum, ad yang pakai yang sedia ada, macam2.
sekarang, mesti ada yang tengah buat kuih raya, cat rumah..

yang gadis2 pula mesti beli make up baru,kan? hehe
ada yang g buat facial mahal2,spa semata2 nak nampak cantik dan berseri2..
p/s: jangan pakai susuk tau!

saya pulak, buat facial muka sendiri, hehe
ala, bukan mahal pun buat facial sendiri.
guna bahan2 semulajadi je..

saya selalu guna serbuk kayu manis atau cinnamon shj, serbuk kunyit + kayu manis & bedak sejuk + kayu manis.
memang berkesan!
tapi kena la rajin, kalau malas, camne nak dapat keberkesanannya,kan..

seriously, sangat2 berkesan!
sape kata bahan semulajadi tak berkesan.

jadi, nak raya ni, kena la lebihhh rajin sikit, hehe..
lebihkan serbuk kayu manis sebab kayu manis ni la yang power, umphh!

yang kayu manis sahaja, letak kat tempat yang bermasalah. cthnya jerawat/ bekas jerawat.
biarkan kering. nak biarkan sampai pagi esoknya pun, takde masalah punya..=)

kalau serbuk kunyit + kayu manis pula, letak kat tempat bermasalah juga.
jangan letak satu muka, kuning la muka korang nanti!
nak letak satu muka pun boleh TAPI bila da kering, terus basuh.
nanti esoknya takde nampak kuning muka korang.

bedak sejuk + kayu manis pula, letak satu muka lagi bagus.
pastu biarkan kering & basuh ATAU biarkan sampai pagi esok.

ha, kayu manis ni pedih kalau letak kat muka tau!
sape yang tak tahan pedih, letak la sikit je..
kalau saya, letak banyak sebab saya suka rasa pedihnya, tak tau kenapa..=)

saya sendiri guna ketiga-tiga cara2 di atas.
berkesan, jadi saya nak kongsi dengan kawan2..=)

p/s: sesapa yang ada baca, SELAMAT MENCUBA!

Friday, September 3, 2010

10 malam lailatul qadar


10 malam lailatul qadar!=)
orang yang terpilih sahaja dapat tengok lailatul qadar!
bertuahnyaa..
ad juga yang sibuk pasang pelita terutama kat kampung..
cuba lalu kawasan kampung, mesti ada banyak pelita,cantik!..

saya pun tak terkecuali jugak, hehe..
saya ni duduk bandar, jadi mana laa ade pelita..
kalau ada pun kat kampung..
2 hari sebelum raya nanti baru balik kampung..

saya pun g la kedai cari pelita..
jumpa pelita kat kedai, 10 botol kecik tu rm4.50..
beli jelaa..

minyak tanah?
ala, susahnya nak cari..
ada kat kedai kat kampung j..

adik bongsu saya da sibuk2 tanya bila nak pasang pelita..
sabar ye sayang, nanti kita pasang pelita same2 k..=)




Thursday, September 2, 2010

rumah putih

ada sebuah rumah sangat kecil.
masuk je rumah, ada cahaya yang menyinari rumah itu sehingga saya sakit mata melihatnya.
masyaallah! betapa bersihnya rumah.
sangat simple, lengkap semua perabot.

perabot, dinding, pintu, langsir semua serba putih.
ini adalah rumah atau syurga?
saya pergi ke bilik utama.
sangat bersih! kelengkapan serba putih, seperti di ruang tamu.
seperti sebuah bilik pengantin.

rumah yang lengkap dengan 3 bilik, dua bilik air.
ya, saya masih ingat keadaan rumah itu sampai sekarang.
di mana rumah itu sebenarnya?
sehingga kini, saya masih tertanya2 apakah maksud mimpi tersebut.

p/s: saya mimpi rumah putih ini.saya harap dapt jumpa rumah ini.tapi dimana?