Monday, August 30, 2010

im a kindargarten teacher !

jadi cikgu taska?
da ada pangkat 'cikgu'? hehehe
tak ku sangka langsung..
tawaran yang datang, ku fikir banyak kali..
macam mana nak bahagikan masa belajar, buat assignment..
tp alhamdulillah, masa keje tak ganggu study saya..=)

ni la antara adik2 ku di taska..
petah, suka bertanya..=)
cikgu effa sayang korang!





taska at-tahfiz jalan kebun..

Saturday, August 28, 2010

happy birthday my little twin sister !

kepada: zafirah mahirah & zafirah majdiah, 

 
aj 28 ogos 2010 jen maden mere judwa bhen.. 
(hari ni 28 ogos 2010 hari jadi adik kembar saya)

moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki..
kalau dapat pakwe uitm, cari yang elok2 sikit tau..
kalau da ada pakwe, dia mainkan hati korang, siap la kena dari gue!

hehehe, apa2pun, moga cemerlang dalam pelajaran dan dapat apa yang dihajati,k..
k.long sayang korang berdua! muahhh!!


Friday, August 27, 2010

17 Ramadhan


17 ramadhan..
hari hari yang dilalui penuh cabaran..
tabahkan la hatiku..

sampai ke hari ini, niat saya utk makan dalam suasana kampung belum tercapai..
hanya di rumah, kedai makan atau di dataran..
saya nak makan dalam suasana kampung beramai ramai, makan atas lantai beralaskan tikar dan ditemani bunyi cengkerik..

saya juga nak makan nasi dulang, iaitu makan ramai2 kongsi satu dulang..seronoknya!
lama da tak makan camtu..=)

baju raya?
tak beli sebab saya suka beli baju kurung..
ada beberapa helai baju kurung belum lagi pakai, so jangan membazir, ok!=)

duit yang saya dapat, saya belikan untuk adik2, bonda dan ayahanda..
seronok tengok mereka happy..=)

tentang tawaran keje tadika tu, akan di update di blog dan facebook!
tunggu ya!=)

Thursday, August 26, 2010

cara follow blog saya !

ramai yang tanya saya, camne nak follow blog saya ni?
takde button utk follow punn??

senang je..
first, korang bukak blog saya..
yang penting, kat link atas tu mesti la http://effa-littlegirl.blogspot.com
then, buka tab/window lain, g kat dashboard blog korang..
kat bawah Reading List tu, ada "ADD" "MANAGE" What is following?
ada tak??

pastu, korang klik kat butang "ADD" tu..
nanti keluar column add from url: ____________________
ada tak?
pastu copy link blog saya then paste kat dalam kotak url tu, tekan NEXT, tekan FOLLOW.

da siap! korang da follow blog saya!=)
as easy as that!..
selamat mem-follow!=)

Indahnya andai mereka tau makna AKAD NIKAH


orang kampung mula memenuhi rumah nenda..
pelamin warna keemasan pilihan tersergam indah di ruang tamu..
ada yang sibuk mengambil gambar pelamin..
kanak2 ada yang mengambil gambar dia atas pelamin, mereka suka!

ada yang sedang menyiapkan bunga manga kuning keemasan..
ada yang sedang menyiapkan bunga telur untuk di tepi pelamin..
ada yang sedang menyiapkan cenderahati untuk tetamu tetamu..

inai ditangan merah menyala..
berapa kali tepek inai supaya makin merah..
ukiran inai juga menyamai warna inai di jari, cantik!
sesuai dengan warna kulit, kuning langsat..

mak andam sedang menyerikan wajah pengantin..
mengambil masa 2 jam untuk menyempurnakan solekan supaya kelihatan cantik dan natural..
baju nikah disarung, putih suci cantik manis tersarung di tubuh si gadis..
kesempurnaan terakhir diberi.,siap! cantik dan ayu sekali..

nada lagu 'kembang perawan' berbunyi di telefon menandakan ada panggilan masuk..
tertera "Sayang"..
panggilan diangkat.."nervous?" tanya si pemanggil..
si gadis menunduk merona malu, "sangat..lama lagi ke?"
"kejap je lagi, sabar sayang.."
panggilan diakhiri dengan senyuman..gembira!

10 minit kemudian, makcik-makcik bising menandakan rombongan pihak lelaki sudah tiba..
dup dap dup dap jantung si gadis berdenyut kencang..
bonda memanggil si gadis untuk duduk di ruang tamu ketika akad nikah dijalankan..
si jejaka segak berbaju melayu sepadan dengan si gadis, bersongkok dan bersamping hitam..

si gadis bersimpuh di belakang si jejaka..
"Aku terima nikahnya...."
air mata si gadis menitis tanda gembira..
gembira ada yang sudi menerima dirinya, dan mempunyai tanggungjawab lain..
kini, bertukar sudah status si gadis..

acara membatalkan air sembahyang..
si jejaka menyarungkan cincin emas putih bertakhtakan berlian ke jari manis si gadis..
si gadis menyarungkan pula cincin ke jari manis si jejaka..
si gadis mencium tangan lelaki yang kini merangkap suaminya..
satu kucupan hinggap ke dahi si gadis tanda 'kini kau milikku'

dua mempelai bersalaman dengan para tetamu dan sanak saudara..
ibu si gadis menitiskan airmata tanda anak gadisnya kini milik orang lain..
si ayah menitip pesan "jagalah anakku dengan baik. tegurlah dia andai ada kesilapan.."
kedua mempelai kini menikmati alam rumahtangga yang bahagia, yang penuh dengan cabaran.. 



***begitulah satu keajaiban berlaku di sebalik akad nikah..
bernikahlah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini..aminn

Wednesday, August 18, 2010

cinemini @ dato siti nurhaliza

dua gambar yang sama da berlainan tempat.. 
satu ialah cover magazini majalah Eh! dan lagi satu ketika 
dato ct datang ke majlis Cinemini di Unisel Shah Alam (saya ada tau! teruja!)..

tengok baju sama, maknanya dato ct sudi menghadirkan 
diri ke unisel selepas penat photoshoot untuk majalah magazine..
terima kasih dato! saya peminat no1 dato ct ! =)

selain dato ct, ada juga artis2 lain, antaranya Noh Hujan,
Dato Jins Shamsudin, Shuhaimi Baba, Nash Terjah! dan lain2..
dan kalau kamu2 peka dengan dunia artis,
ada keluar cerita2 tentang Noh Hujan dan student unisel..
emm, no komen la pasal tu, ok!=)

 cover magazine


 dato ct ketika ketibaan beliau dan ketika penyampaian anugerah

kawan baik,kawan bergosip..=p





mereka kawan baik, mereka teman bergosip, mereka teman bershopping, mereka teman niaga..
siapa mereka ? rumah berdekatan menjadikan mereka sekepala..


>> idah @ che idah (tidak bertudung)
-adalah anak imam..
-mempunyai 3 orang anak, yang sulung sebaya saya, kedua sebaya adik2 kembar saya dan bongsu sebaya adik no4 saya..
- suri rumah dan menolong emaknya menjual kuih tiap2 petang.
- masih muda 30-an

>> maimunah (bertudung)
-adalah bondaku!=)
-mempunyai 5 orang anak..
- suri rumah dan memenuhkan masanya dengan menjual kuih dan laksa.
- masih muda 40-an. =)