Thursday, January 7, 2010

WINDOW SHOPPING JE..

Hr nie (7/01/10) bgun lewat, pukul 10pagi! perhh!!
Risau ibu marah je, yelah, bangun lewat..
Nielah akibatnya tido pukul 5 pagi!

Aku tersedar pun sebab ayah call, kalau tak, jangan harap la aku nak bangun..
Bangun2 je, umah takde orang..
Baru aku ingat, 2 adik2 perempuan g ujian berkomputer memandu, lagi 2 orang adik pulak sekolah..
Ibu ayah g sekolah adik bongsu ku, almaklumlah, baru darjah 1, hehe..

Lepas bersihkan diri, aku mula kemas umah..
Orang takde kat umah, senang sikit nak kemas, takde orang kacau..
Da siap kemas, aku duduk depan tv smbil sarapan makan mee goreng mamak + air old town coffea hazelnut flav..(kerana air nie la aku tido pukul 5 pagi!)

Aku bukak tv, chanel 955, tengok konsert 'Bagaikan Sakti Siti' kat singapore tu..
Terpegun la dengar suara lunak Siti..
Pastu, amik surat khabar hari ni - Berita Harian, Utusan, Kosmo & Metro..
Tajuk utama + gempak ialah pembunuhan kejam anak beranak! Kejam!

Baru bace separuh dari paper Kosmo, ibu ayah da balik, aku cepat2 g dapur, tolong ibu masak..
Ibu masak kejap je sebab nak balik kampung, ade orang meninggal katanya..
Selebihnya, aku la yang masak..

Da settle sume, aku relax jap, keringkan peluh..
Pastu masuk bilik air, bersihkan diri..

Lepas siap menunaikan yang wajib, aku baring..
Da baring2 mesti ngantuk, kan?
Aku tido la kejap, buat hilang ngantuk..

Kejap tu aku bangun, adik2 perempuanku da balik n ajak g Seremban Parade, nak cari keje..
Aku pun siap2, n trus g..

Sampai sane, terus g mintak keje as chasier..
Da settle hal dorang, kami pun g usha kasut2..
Aku da berkenan kat high heel Carlo Rino, RM39.90 je..
Da 50-50 nak beli or tak..
Last2 aku nak tunggu duit ptptn..

Pastu adik2 aku masuk kedai kasut Alena..
Murah! 1/2 harga je sume kasut!..
Kami da rambang mata!
Aku pun dok usha kot2 ade yang berkenan..

Yes! ade yang berkenan, lepas testing, besar pulak sandal nie..
Aku mintak saiz 37..
Amoi tu pun cari..
Ala! Xde saiz pulak, da habis!..
Hampa! Sangat2 hampa! Da la tak dapt beli high heel Carlo Rino, nie pulak takde saiz..
Takpe, bukan rezeki aku..

Da puas jalan2, kami pun balik..
Mase tengah drive, da berangan, dapat duit, SHOPPING!!

0 comments: