Tuesday, January 5, 2010

INDIAN STYLE (not Tamil!)

Aku suka barangan perhiasan diri yang berkaitan dengan india.. (tradisional)
Contohnya gelang, rantai, subang, sari, punjabi suit,tarian,inai(mehendi), bahasa dan reka hiasan rumah..
Entah la, aku memang tertarik sangat2 dengan corak terutama gelang.


Aku sendiri da banyak koleksi gelang2 india.
Gelang2 atau lebih dikenali churiya memang sesuai digayakan dengan pelbagai baju..
Sumber inspirasi aku untuk membeli barangan2 mereka ialah tonton filem2 hindustan..
Memang sangat2 memberi inspirasi..
Bahasa dorang pulak, aku memang suka, bukan Tamil tau! Hindi..
Aku boleh la faham bahasa dorang sikit2, hehe..

Antara filem yang banyak memakai pakaian tradisional India ialah Hum Saath Saath Hain, Devdas, Vivah & Hum Dil De Chuke Sanam..
Filem nie memang menggunakan unsur2 tradisional yang sangat2 menarik..!

Ni antara gambar2 dalam 4 filem nie, very nice, unique & interesting sarees!..=)

1) Vivah


2) Hum Dil De Chuke Sanam


3)Devdas

4) Hum Saath Saath Hain


Dan yang ini adalah antara corak2 inai yang selalu dipakai oleh kaum India..



Ni pulak, corak inai kegemaran ku! very simple and nice..=)





Aku boleh la bt corak inai nie skit2..nak cari inai yang hitam pekat memang susah..
First time aku pakai inai bercorak yang warna hitam pekat mase form 2..
Mase tu aku buat kat Terminal 1, Seremban..

Ade la dorang bukak banyak2 booth sempena hari raya aidilfitri.,
ade pulak terselit booth inai, aku pun buat la inai kat situ..

Memang pekat, kalau tengok dekat macam ukir guna marker pen, hehe..
Bila balik kampung nak sambut raya, nenek aku bising sebab katanya, aku buat tatoo, hehe
Dia suruh aku padam takut tak boleh sembahyang nanti, hehe..

Filem Devdas & Hum Dil De Chuke Sanam menggunakan rumah yang sangat2 menarik..
Kadang2 bila aku tonton filem2 nie, aku berangan sendiri, 'Bilalah dapat merasa duduk rumah camni..'
Tp memang mustahil la, ade ke lg rumah macam dam 2 filem nie kn,.
Kalau ade pun, mesti mahal punya!..
Tak pelah, berangan pun berangan la, hehehe

Kalau korang nak tau, impian kahwin aku, aku nak kawin ala2 hindustan & arab gipsi!..
Contohnya, mase majlis persandingan pihak perempuan, pakai baju kawin Hindu,.
Pihak lelaki pulak, arab gipsi! (boleh kn awk?) eeei bestnya! hehe

Ade jugak la yang kata kenapa aku suka aksesori India la,
peduli ape aku, aku yang pakai ye, so mind your own business please!..

Tentang tarian mereka pulak, memang aku terpegun!
Dengan liuk lentoknya, dengan alunan muziknya, perh!! memang hayati betul!..
Kadang2 bila tengok mereka menari, aku terasa aku yang menari..

Ada separuh tarian, aku da hafal gerak tarinya..=)
Mane taknya, hari2 tengok citer yang same, hafal la, hehehe..=)

Yelah, mase menari dulu, aku tak berpeluang pun nak menari tarian India nie (bkn tamil tau!)
Dulu aku menari tarian melayu, zapin, sabah, sarawak, cina n mcm2 lagi la..tarian Indian nie je xberkesempatan..

Tak pelah, menari kat umah pun jadilah, hehehe



f-faa

0 comments: