Saturday, January 30, 2010

HANTARAN

tadi (30 hrbln) aku balik kampung kat sban jgk.
pastu nenek, ibu n sorang sepupu aku nie citer2 la pasal ade sorang budak kampung nak kawin.
nenek kata hantaran dia rm10ribu.
xheran la sebab lelaki tu orang kaya, keje besar.

yang ppuan tu xtau pulak keje ape.
pilihan family, lelaki tu pun tak kisah.
then, nenek kata, "mahalnya hantaran? klu nenek, rm5ribu da cukup da.."

pastu aku terfikir, nanti hantaran aku berapa ?
jujur, bagi aku, hantaran tak penting, yang penting akad n nikah tu je.
tapi biaselah, mulut2 orang nie macam2..
bila letak hantaran mahal, kata llaki tu keje tak elok.
bila hantaran rendah, kata lelaki tu keje biase2 je..
baik diamkan je hantaran berapa.

kadang2 aku berangan sendiri, bila nak kawin?
tapi jodh sume di tgn Tuhan..
manelah tau aku kawin 23,24 kn..
hehehe..

ape2 pun, aku nakkan yang terbaeekkk mase kawin nanti
sb.....kawin kan sekali je..
lain lah lelaki, 4 kali bleh kawin..
tapi kalu laki aku nak kawin 4, siap!
tak ppuan yang sanggup berkongsi kasih suaminy..

Sunday, January 24, 2010

TAK JADI BALIK !

Semalam (23 jan) aku dari shah alam terus g port dickson.
family aku tido sane semalaman.
sampai sane, aku terus buat assignment yang tak siap2 lagi.
pastu, lewat petang sikit, aku g jalan2 tepi pantai dengan adik kembar aku.

tapi sikit pun tak menarik perhatian sebab pantai da makin kotor!
aku amik gambar sikit pastu naik bilik.
oh ye, kami check in kt glory beach resort kat Lukut.

esoknya (24 jan) kami check out dalam pkul 11 lbih..
adik2 kembar naik satu kete dengan aku.
pastu aku g umah baru aku kat ampangan, nak amik cd.

bukan nak tengok saje2 tau cd2 nie, nie assignment.
da amik cd, aku pun hantar adik2 aku kat umah lame.
pastu, aku cari jgk cd2 kat umah lame nie, kot2 ade yang menarik ke..

da puas cari, aku pun gerak balik shah alam.
mase nak keluar umah, aku rase berat hati je nak balik.
tapi aku bace ayat kursi banyak2.

mase dalam kete aku still bace ayat kursi.
pastu aku call ibu, kata yang aku tak sedap hati n berat hati nak balik.
ibu kata kalau berat hati, jangan balik shah alam, balik sban semula.

aku call ayah, ayah pun cakap macam tu jugak.
aku patah balik kat Nilai.

malamnya, ayah tanya aku rase macam mana.
aku kata rasa berat hati..
ayah kata "ada yang mgikut kamu nie"..

ttbe trlintas kat kepala aku, mungkin jgk sb tghr tu aku g umah baru..
ade sejarah kat umah baru tu..
senang citer, berpenunggu..

hai, macam2 hal..

Wednesday, January 20, 2010







aku nak tmbah koleksi perfume and gajet.
perfume tak tau nak beli jenama ape.
gajet pulak, nak beli mp4.

hari tu da usha da, agak murah la setakat nie.
harap2 la harga die tak naik, hehe..
tengoklah camne nanti..=)

Tuesday, January 19, 2010

SEMESTER BARU! -sem 6-

hari isnin, aku bangun pukul 8pg
terlewat bangun la..
da siap2 mandi sume, dalam pukul 9 baru g unisel..
da sampai je, terus g kat mmber aku,ina..


kami g fakulti nak tengok jadual kelas..
sampai je kat fakulti, perh!!! ramai gler la org nk tgk jadual!..
da tengok jadual, agak tak puas hati jgk la sb hr rabu je grup aku free!..


hr isnin tu kelas pg, 830 start..
aku masuk lewat gak la sb g mkn..
aku kena makan sebab kena makan ubat,.
kalau tak makan ubat, xsarapn pun takpe..


da siap sarapan, aku terus masuk kelas dengan ina..
nasib baik lec tak marah sebab lec nie da 3 sem ajar aku, die ok! heheh
ape2 pun, azam semster 6 nie, nak datnag kelas hari2, nak full attendant!..=)
kalau betul2 tak dapat datang, aku pastikan aku ada surat,..=)


aku tgk result kawan2 ku yang lain,fuhhh!..
mak aih! ramai gler la dapat dekan!!!
sume result gempak2 je sem lepas!
ape2 pun, congrats kat korang yang dapat dekan k!..=)

Saturday, January 9, 2010

MALAS NAK MANDI !

kisah nie trjadi maghrib td (9/01) kt umh family aku..
aku kt dpur, ttbe trdgr org brborak dlm bilik air, aku pun g la tgk..
adik2 kmbr aku rpeny..

nak tau ape dorang berdua buat?..
yang si akk nie tgh basuh rmbut adik kat sinki..
senang kata la, yg si adik nie mls nak mnd!
hahahah..

mcm2 btul dorg ni..
nie gmbr2 yg smpt aku amik gne fone ibu aku td, hehehe..


Friday, January 8, 2010

RUMAH LAME, BILIK BARU! Heeee

Aku n family da pindah umah baru kat Villa Suria,Warisan Puteri,Ampangan,Sban..
Kteorang pindah mase bulan puase tahun lepas..
Lepas da siap renovate dalam umah tu, kteorang pun pindah..
Kirenya raya sambut kat umah baru la, hehe..

Baru 2,3 bulan dduk umah baru tu, macam tak serasi pulak..
Pastu hujung bulan 12 tahun lepas, kteorang duduk umah lame semula sampai la sekarang..
Memamg macam umah bujang la,..
Yelah, perabut2 sume xde. ksong je umh nie, hehe..
Orang dtg pn, dduk atas lntai je..

Bincang punya bincang, ayah n ibu pakat nak duduk umah lame semula..
Pastu, nak besarkan dapur n bilik aku!
Bilik aku je kat bawah, bilik adik2 n parent kt tigkat atas..

Kata ibu, bilik aku nanti akan buat satu pintu, penghubung antara bilik aku n bilik air..
Pastu nak beli katil kelamin (queen)..
Heheh, skeny!..
Asyik katil bujang je, nak golek2 pun terhad, takut jatuh katil,heheh..

Ibu pun panggil la kntraktor..
Kata ayh, klu boleh nak siap hjung bln januari nie jgk..
Wah! lg cpt, lg bgus! heheh

Start dr tu, aku da fkir2 nk cat kaler bilik wne ape..
Ibu pn tny, nak cat kaler ap..
Aku ckp nak wne coklat n krim lembut..

Tadi, kontraktor nak renovate umah ni datang..
Katanya nak mula buat keje lepas raya cina..
Adoi, makin lmbt plk..

Xpe2, biar lmbt, jgn keje cincai, nt roboh plk umah nie..
So, kami ni kureng serasi dengn umh banglo..
Kami lebih serasi dengan umah teres 2 tingkt je..=)

Thursday, January 7, 2010

WINDOW SHOPPING JE..

Hr nie (7/01/10) bgun lewat, pukul 10pagi! perhh!!
Risau ibu marah je, yelah, bangun lewat..
Nielah akibatnya tido pukul 5 pagi!

Aku tersedar pun sebab ayah call, kalau tak, jangan harap la aku nak bangun..
Bangun2 je, umah takde orang..
Baru aku ingat, 2 adik2 perempuan g ujian berkomputer memandu, lagi 2 orang adik pulak sekolah..
Ibu ayah g sekolah adik bongsu ku, almaklumlah, baru darjah 1, hehe..

Lepas bersihkan diri, aku mula kemas umah..
Orang takde kat umah, senang sikit nak kemas, takde orang kacau..
Da siap kemas, aku duduk depan tv smbil sarapan makan mee goreng mamak + air old town coffea hazelnut flav..(kerana air nie la aku tido pukul 5 pagi!)

Aku bukak tv, chanel 955, tengok konsert 'Bagaikan Sakti Siti' kat singapore tu..
Terpegun la dengar suara lunak Siti..
Pastu, amik surat khabar hari ni - Berita Harian, Utusan, Kosmo & Metro..
Tajuk utama + gempak ialah pembunuhan kejam anak beranak! Kejam!

Baru bace separuh dari paper Kosmo, ibu ayah da balik, aku cepat2 g dapur, tolong ibu masak..
Ibu masak kejap je sebab nak balik kampung, ade orang meninggal katanya..
Selebihnya, aku la yang masak..

Da settle sume, aku relax jap, keringkan peluh..
Pastu masuk bilik air, bersihkan diri..

Lepas siap menunaikan yang wajib, aku baring..
Da baring2 mesti ngantuk, kan?
Aku tido la kejap, buat hilang ngantuk..

Kejap tu aku bangun, adik2 perempuanku da balik n ajak g Seremban Parade, nak cari keje..
Aku pun siap2, n trus g..

Sampai sane, terus g mintak keje as chasier..
Da settle hal dorang, kami pun g usha kasut2..
Aku da berkenan kat high heel Carlo Rino, RM39.90 je..
Da 50-50 nak beli or tak..
Last2 aku nak tunggu duit ptptn..

Pastu adik2 aku masuk kedai kasut Alena..
Murah! 1/2 harga je sume kasut!..
Kami da rambang mata!
Aku pun dok usha kot2 ade yang berkenan..

Yes! ade yang berkenan, lepas testing, besar pulak sandal nie..
Aku mintak saiz 37..
Amoi tu pun cari..
Ala! Xde saiz pulak, da habis!..
Hampa! Sangat2 hampa! Da la tak dapt beli high heel Carlo Rino, nie pulak takde saiz..
Takpe, bukan rezeki aku..

Da puas jalan2, kami pun balik..
Mase tengah drive, da berangan, dapat duit, SHOPPING!!

Wednesday, January 6, 2010

TAK BOLEH TIDO!!

Sekarang da pukul 4.50 pagi (7/01/10), mata still tak boleh nak tido!..
Ngantuk la cepat wahai mata!
Esok da la nak kena bangun pagi!
Adoiyai!
Tapi mata tengah segar2 tadi, aku godek2 la blog nie, nak masukkan ape-ape gadget yang best2..hehe

Esok bangun pagi, kemas umah, memang da rutin aku la kalau balik seremban..
Pastu nak g jumpa kakak angkat kat Pusat Memandu Inmaju, dia keje kat situ..
Pastu g jemput adik2 kat tempat belajar kete gak tapi yang lain punya, Pusat Memandu Cott sebab dorang ade ujian berkomputer..gudluck ladies!..=)
Pastu nak g shopping complex Parkson @ Seremban Parade, adik2 nak apply keje kat situ..

Pastu aku nak shopping tapi duit ptptn tak masuk lagi la pulak!
Window shopping je la esok nampaknya..
Pastu??.....entah la..........

Tuesday, January 5, 2010

INDIAN STYLE (not Tamil!)

Aku suka barangan perhiasan diri yang berkaitan dengan india.. (tradisional)
Contohnya gelang, rantai, subang, sari, punjabi suit,tarian,inai(mehendi), bahasa dan reka hiasan rumah..
Entah la, aku memang tertarik sangat2 dengan corak terutama gelang.


Aku sendiri da banyak koleksi gelang2 india.
Gelang2 atau lebih dikenali churiya memang sesuai digayakan dengan pelbagai baju..
Sumber inspirasi aku untuk membeli barangan2 mereka ialah tonton filem2 hindustan..
Memang sangat2 memberi inspirasi..
Bahasa dorang pulak, aku memang suka, bukan Tamil tau! Hindi..
Aku boleh la faham bahasa dorang sikit2, hehe..

Antara filem yang banyak memakai pakaian tradisional India ialah Hum Saath Saath Hain, Devdas, Vivah & Hum Dil De Chuke Sanam..
Filem nie memang menggunakan unsur2 tradisional yang sangat2 menarik..!

Ni antara gambar2 dalam 4 filem nie, very nice, unique & interesting sarees!..=)

1) Vivah


2) Hum Dil De Chuke Sanam


3)Devdas

4) Hum Saath Saath Hain


Dan yang ini adalah antara corak2 inai yang selalu dipakai oleh kaum India..



Ni pulak, corak inai kegemaran ku! very simple and nice..=)





Aku boleh la bt corak inai nie skit2..nak cari inai yang hitam pekat memang susah..
First time aku pakai inai bercorak yang warna hitam pekat mase form 2..
Mase tu aku buat kat Terminal 1, Seremban..

Ade la dorang bukak banyak2 booth sempena hari raya aidilfitri.,
ade pulak terselit booth inai, aku pun buat la inai kat situ..

Memang pekat, kalau tengok dekat macam ukir guna marker pen, hehe..
Bila balik kampung nak sambut raya, nenek aku bising sebab katanya, aku buat tatoo, hehe
Dia suruh aku padam takut tak boleh sembahyang nanti, hehe..

Filem Devdas & Hum Dil De Chuke Sanam menggunakan rumah yang sangat2 menarik..
Kadang2 bila aku tonton filem2 nie, aku berangan sendiri, 'Bilalah dapat merasa duduk rumah camni..'
Tp memang mustahil la, ade ke lg rumah macam dam 2 filem nie kn,.
Kalau ade pun, mesti mahal punya!..
Tak pelah, berangan pun berangan la, hehehe

Kalau korang nak tau, impian kahwin aku, aku nak kawin ala2 hindustan & arab gipsi!..
Contohnya, mase majlis persandingan pihak perempuan, pakai baju kawin Hindu,.
Pihak lelaki pulak, arab gipsi! (boleh kn awk?) eeei bestnya! hehe

Ade jugak la yang kata kenapa aku suka aksesori India la,
peduli ape aku, aku yang pakai ye, so mind your own business please!..

Tentang tarian mereka pulak, memang aku terpegun!
Dengan liuk lentoknya, dengan alunan muziknya, perh!! memang hayati betul!..
Kadang2 bila tengok mereka menari, aku terasa aku yang menari..

Ada separuh tarian, aku da hafal gerak tarinya..=)
Mane taknya, hari2 tengok citer yang same, hafal la, hehehe..=)

Yelah, mase menari dulu, aku tak berpeluang pun nak menari tarian India nie (bkn tamil tau!)
Dulu aku menari tarian melayu, zapin, sabah, sarawak, cina n mcm2 lagi la..tarian Indian nie je xberkesempatan..

Tak pelah, menari kat umah pun jadilah, hehehe



f-faa

Monday, January 4, 2010

PIALA SUMBANGSIH !

DATE : 9 JAN 2010 (SATURDAY)
VENUE : STAD TUANKU ABD RAHMAN, PAROI, SEREMBAN
GROUP : N.SEMBILAN VS SELANGOR
Tak sabar nak tengok N9 lawan Selangor!
Yeah! chaiyok N9!!
Tentang habis-habisan pasukan Selangor!
'Hobin Jang Hobin!'
Nak follow ayah aku g tengok bola la! hehehe
Apa keputusannya, nanti akan ku update lg..=)

RESULT EXAM??

Bangun dari tidur, hati berdebar2..
Ya, keputusan peperiksaan untuk semester lepas (sem 5) da keluar!
Aku pasti, mereka juga berdebar2..

Dari aku buka laptop sampailah ke student portal, tangan aku menggigil2!..
Tak tau la kenapa!

Perkara pertama aku lihat setelah keputusan peperiksaan berjaya ku buka ialah gred!
Tiada yang gagal!
Aku terus lihat ke gpa dan cgpa..

Alhamdulillah!
Aku lulus! (3.33)
Satu keputusan yang memang tidak pernah aku jangkakan!

Aku bersyukur pada-Mu!
Aku terus tarik tangan ibuku yang ketika itu dia sedang memotong buah..
Ibuku pelik dengan perangaiku..

Dengan tangan yang melekit, aku tunjukkan keputusanku!..
Ibuku tersenyum lebar!
Kucupan di dahi, kedua pipi tembamku ibu hadiahkan padaku, terima kasih, ibu!..





f-faa
(04/01/10)

TAHUN BARU 2010!



Salam!..=) terima kasih sebab sudi bace blog nie.. actually, dulu ade blog tp tak aktif da sejak sambung belajar kt Unisel..yelah, mase duduk dorm, mane la nak cekau line internet..so da lame2 tu, lupe emel dgn password..terpakselah buat blog baru..=)




Tahun Baru-2010; aku macam semua orang, ade azam baru, semangat baru, kawan baru,pakwe baru??? oh tidak! aku setia pada yang satu!..=) sory my dear!..=)




Tahun baru sebelum2 nie aku tak pernah sambut kat mana2.


ntah la, mungkin hanya kerana aku perempuan, family ku berat untuk melepaskan ku pergi..


tapi aku tak kisah sebab dari rumah ku boleh nampak bunga2 api, terasa jugak la macam sambut kat luar, hehe.

Tapi, tahun baru nie 2010, aku sambut kat tepi jalan raya yang ditemani bapak-bapak polisi yang menjalankan tugas mereka (roadblock)

Ceritanya begini..malam tahun baru, aku n family g rumah sedara ku, hanya 20 minit dari rumah ku..
masa otw balik ke rumh dalam pukul 11 malam, tiba2 aku dengar macam ade benda tersangkut kat bawah kete..
aku da fikir lain (hantu tersangkut bawah kete), heheh
ingatkan hanya aku sorang je yang dengar bunyi tu, adikku pun dengar jugak..

aku bagitahu ibu n suruh berhenti tepi jalan utk periksa..
tapi jujur aku cakap, aku mmg xbrani langsung nk turun kete!
aku suruh ibu ku berhentikan kereta kat bawah lampu, biar terang, takut jugak terjadi ape2..

lepas ibu berhentikan kereta, aku n adik2 aku yang lain pun turun sekali..
rupa2nya, tayar belakang pancit!
ibu da kelam kabut, tak tau nak buat ape..
kami bukannya pandai nak tukar tayar kete..

aku ingatkan, ade bapak2 polisi tu, boleh la tolong tukarkan tayar tapi sume tengok je! ceh!
last2, ibu mintak tolong sepupu2 ku..
setengah jam kemudian,, sepupu2 ku datang n tolong tukarkan tayar..

tepat 12.00am, kiri kanan bunga api!
memang seronok sangat2!

setengah jam kemudian, sepupu2 ku berjaya tukarkan tayar kereta! hehe
nilah pengalam pertama aku sambut tahun baru di luar walaupun hanya ditepi jalan..=)


Adik2ku and my 2pupu tengah dduk tepi jalan tengok bapak polisi buat roadblock
(ps: sori ye gmbr pecah sb amk guna fone, huhu)
Ni pula gambar tayar belakang kiri kete Unser yang pecah tu,.
(ps; sori jgk sb gmabr pecah, heee)

f-faa
(01/01/10)