Tuesday, December 7, 2010

azlan & azlinna reception

hi ! lame da tak update blog..=)
busy la keje.
cuti2 ni la dapat update..
kadang2 keje saya ni takde weekend pun.
weekend pun kena keje kat luar, ada event.

oh ya,sesape yang duduk kat seksyen 7, shah alam, nak keje, tengah cari keje atau cari tempat praktikal,boleh la hantar resume kat
No 11-A, 1st Floor, Jalan Keluli AL 7/AL, Bukit Raja Business Centre, Seksyen 7
40000 Shah Alam,Selangor.
03 33448662 (call/fax)
admin@namie.bz
namie.industries@ymail.com
www.namie.biz (under construction)

baru2 ni, saya keje kat kapar,klang.
asst. photographer.
ni keje part time,bak kata orang nak cari duit poket lebih sikit..=)

sebelum ni da g terengganu, sebelah perempuan.
yang kat klang ni sebelah lelaki.
saya as asst phtographer tak banyak keje sangat bila awal2 majlis.

nanti da tengah2 majlis baru la keje saya mula.
tunggu la dia kat beranda rumah.

nilah saya yang sedang menunggu dan melihat gelagat orang2 yang datang majlis..
sape2 yang nak photographer utk apa2 event pun, boleh la contact di  facebook.
apa2 pm kat inbox, k..=)


Azlan & Azlinna Wedding (jerteh terengganu & kapar klang)


     nikah at masjid (terengganu)

  terengganu

 







kapar,klang




















  

Wednesday, November 17, 2010

aidiladha 17/11/2011

selamat hari raya aidiladha!

malam mantai, biase la,orang sume sibuk masak lemang,rendang,kuah kacang,ketupat!
nyum! nyum! sume sdp!=)
tpi saya xboleh makan kuah kacang..=(

malam mantai jugak, saya g umah nenek, nak kemas rumah nenek..
sampai je umah nenek, nenek jamu kami (saya + adik2 kembar) makan lemang n rendang.
alamak, xbuat keje la ni, nanti kekenyangan, hehe..

da siap makan, kami nak mulakan operasi mengemas.
nenek kata esok (pagi raya) kemas.
macam tau2 je nenek ni, kami kekenyangan sangat, hehe..

kami pun lepak2  dlu, borak2 then baru la balik..
sampai umah, semerbak bau kuah kacang ibu.
sedapnya bau!
ibu buat kuah kacang, ketupat n lontong..
awesome!!

esoknya di pagi raya..
ibu kjutkan saya pukul 6.15 pagi.
adoi, ngantukny mata ni.

relax dlu la, jap lg bangun..
sedar2 je da 645pg..
berlari masuk bilik air,mandi..

dalam bilik air,dengar ibu menjerit sebab bangun lambat, hehe..
da siap2, kami (saya + adik2 kembar) balik umah nenek..
kami pun kemas2 umah nenek n sarapan..

da habis org sembahyang raya, saya g umah maklong.
then g masjid, tengok orang sembelih lembu.
dalam 5,6 ekor jugak la..

alamak, hujan la pulak, baring2 terus tertido..
almaklum la sejuk2 tdo memang besstt!


Sunday, November 14, 2010

penang

saya pergi penang 13 hrbln 11..
bukan untuk suka2 tapi ambil adik saya yang study kat uitm permatang pauh.
yela, da cuti sem ni kan..

then, i drove a car from shah alam to penang non stop!
saya macam tak percaya je, sedar2 je da sampai penang..
fuhh, non stop tu..
saya pergi dengan ibu, ibu bestt je tido, hehe

kami bertolak dari pkul 11pg, sampai 2 ptg..
biase amik masa 4,5 jam jugak..
ni 3 jam je, ish2..

hehe,anyway, ibu kata saya boleh drive balik terengganu!
weee, tapi penatt la, 8 jam tu..
emm, insyaAllah..

kat penang, kami stay kat hotel sunway,kat Prai kot..
sampai penang,amik adik kat uitm n g jalan2..
pastu jalan2 kat Queensbaymall..
saya beli handbag..
almaklum la, tengah sale.=)
harga: ....
jenama: ....
location: penang la..haha

pastu, takde keje namenya, adik saya yg study kat penang ni snap gambar kami,haha


test je,bukan beli pun,hehe

Thursday, November 11, 2010

result exam sebelum habis sem!

11.11.10
nice date.
but scary date also..

nak tau, tarikh ni tarikh keramat result exam keluar.
OMG! takutnya..
takut ada repeat paper.
kalau ada, saya tak pergi la praktikal.
oh! lupa, saya da dipanggil untuk interview,hehe..
bulan ni jugak interview.

mase saya nak tgk result, fuhh line busyny la haii..
dari ptg td, sampaiii la maghrib.
maghrib tadi baruu la boleh tgk result.

alhamdulillah!
i lulus! suka sangat!
suka sebab takde subject yang perlu di repeat.
so bermakna,saya boleh pergi praktikal!=)
kalau ada repeat subject,tak boleh pergi praktikal.

Wednesday, November 10, 2010

berjalan tanpa arah tuju

hari ni kelas pg (selasa).
kat unisel, sampai tingkat 4, budak kelas bagitau kelas takde.
kami pun g la kat kelas.
haah la, lec kami bagi notis, kelas takde.
haiyoo,kalau tak, boleh bangun lambat, hee..

so, kami pun g sarapan kat Nasi Lemak Cinta Sayang kt seksyn 7 ni jgk.
da sarapan, bella + acam decide g jalan2 kat KL Sentral naik komuter!
fuuhh,g kl sentral naik komuter semata2, hehe..

idea yang bernas jgk memandangkan kami pun kebosanan..
then kami pun naik la komuter kat shah alam,seksyen 19 ni.
biase la, name pun naik komuter, kena la berdiri.
yang si bella dengan acam jadi radio kami.
pot pet pot pet dari stesen sammmmpaiiii la kl sentral..=)

sampai je kl sentral, bella terus g kat booth guardian.
guardian bt clearance stok.
produk ZA murahh!
tapi saya tak boleh pakai pulak produk tu..
cuma boleh produk simplysiti je, hehe..

pastu, jalan2 la kat kl sentral, mkn pun kat situ gak..
saya rembat sehelai kemeja ni, hehe..

da bosan jalan2 dlm tu, saya saje2 la gurau ajak naik monorail.
eh, betul2 pulak dorang nak g..
aiyo, im just kidding, yaarr!

sampai stesen monorail saya tanya nak g mana, bella kata jom g Times Square.
beli la tiket ke Imbi.
sampai ts, kami jalan2 la..
alamak, ruginya laaaa takde duit!
nak beli kasuttt!

bella survey kasut boot,die nak beli.
katanya nak survey dulu, hehe..
baru suku dlm ts tu kami jalan, kami pun balik la,,

fuhh, sampai umah mata la kuyu sebab penat berjalan, hehe..
anyway, really having fun dgn mereka!

Friday, November 5, 2010

anushka manchanda

hi guys, nak share dgn korang sorang penyanyi dr india..
muda lagi..
majoritinya penyanyi2 yang nyanyi dlm filem2 hindi tu org tua..
ni antara pnyanyi muda yang ounya vokal mantaapp!
suara serak2 basah gitu, mmg best!

palinggg best die nyanyi lagu2 dlm filem Dulha Mil Gaya.
tajuknya Dilrubaon Ke Jalwe, Aakela Dil, Aaja aaja Mere Rajni(ni die nyanyi kjp je) dan fully suara die nyanyi je lagu Magar Mere Jaan..fuhh! malatoop!

nak dgr suare die? search la kat youtube ye..=)
die ni da lame nyanyi, banyak lagu tamil la..
dari 2004 kot die nyanyi kalau tak silap la..

berangan nak ada suara macam dia!
(boleh tak operate adjust suare? hahaha)




ni la Anushka Manchanda..=)

Thursday, November 4, 2010

resume oh! resuma

kami ditugaskan untuk membuat creative resume..
jadi, kami buat la resume.
saya buat bersama2 my syg,bella, n acam..

ni la hasil yang tak seberapa tp boleh laaaa...

ni muka depan resume.dalam2nya tak payah la letak k..=)

Saturday, October 30, 2010

da nak tunang


dalam kete menuju ke taman pinggiran USJ 3 bersama maz, kawan saya.
"fa, nanti 12.2.2011 dtg umah aku ye.." -maz-
"knp? buat birthday ko ye..=)" -saya-
"taklah, aku tunang.." -maz-
ha?? maz nak tunang ! cemburunya..
bukan cemburu kt maz tapi cemburu umur sebaya da nak tunang..=')

nak kawin da housemate saya ni, suka!
mereka dijangka kawin bulan sept 2011, insyaAllah..

but, im happy for u, my friend!<3
kata maz,family lelaki dtg mase raya, merisik.
ni kata pakat family nak kahwinkan mereka.
mereka berdua ni ikut je, sape taknak kawin oi!

tak ramai kawan2 yang tau, 5 org je yang tau setakat ni.
maz cerita pasal die cari baju tunang, make up, perrh! jelesnya..
bila la turn saya ni..
org sume tanya saya, bila lagi..

and congrats to my fren maizatul mazni n her fiance-to-be, nashriq.

Tuesday, October 26, 2010

happy!


yeay!
keje saya untuk kelas Advertising & Art Direction da proceed!
thanks puan.ellyna..=)

bulan 11 ada kelas jugak dengan puan ellyna.
kelas untuk final projek tahun depan.
sem ni memang kami takde cuti..=(

bulan 12 pulak da start praktikal.
8 minggu praktikal.

apa2pun, saya da tak sabar nak habis belajar!
friends, sementara masih ada masa ni, jom kita cipta kenangan yang takkan dilupakan!


Monday, October 25, 2010

alam impian

















Tuesday, October 19, 2010

setiap semester, satu rumah

setiap semester, saya pindah2 rumah..
penat memang penat.
bukan sengaja, suka2 nak pindah tapi biasalaaa..
dari rumah teres 2tingkat, pangsapuri, apartment..
tunggu nak pindah merasa umah sewa banglo, n kampung je ni, haha..

last umah saya duduk umah tu, saya ada la rasa nak duduk umah kampung.
yela, murah tau, harga satu bilik, umah kampung boleh dapat sebuah rumah.
tapi mungkin bukan rezeki saya nak duduk umah kampung.

bila difikir2kan balik, funny la, hehe..
ibu takde la bising, yelah, ikut keselasaan saya jugak la kan..
kalau tak selesa duduk umah tu, buat apa nak paksa2 stay jugak..
so, pindah la..

thanks to kawan2 yang pernah tolong saya angkat barang2 saya..=)

lagi 5 bulan saya nak habis belajar da..
habis study, saya nak terus cari keje dan kumpul duit..
saya nak duduk rumah sendiri, lagi senang..
duduk sorang, takde gangguan pun..

kalau family saya nak datang stay sama, saya tak kisah..
da tiba masa untuk saya balas semua jasa2 keluarga..=)

Tuesday, October 12, 2010

Serabutt


walaupun assig sudah tamat, finished,habis tapi kepala still serabut


buktinya:


Friday, October 8, 2010

struggle week, stress month!


bulan 10 ni boleh dikatakan bulan final la.
sebab 2 antara 3 subjek adalah final dan final.
subjek Copywriting adalah subjek penting untuk lulus Advertising & Art Direction so, kena la struggle..
final projek utk copywriting ni kena redesign food packaging dan cara nak promote food tu..
boleh dikatakan senang la.
dan beserta dgn kuiz.
OMG! 20 questions bagaikan 200 questions sb saya benar2 BENCI jawab soalan2..
xtau la dpt berapa per 20 tu, tawakal la..
yang penting submit assigment every week..

subjek kedua adalah Animatin 3D.
susah pada mulanya dan bila buat slow2 diikuti dengan tunjuk ajar, yeay! i can do it!
sebenarnya saya buat endah tak endah je keje 3D bila kena buat sorang.
sebab anytime saya nak buat pun kan..
at last, tanpa disedari da siap 3D!
da submit pun, legaa!=)

subjek ketiga adalah Advertising & Art Direction.
kena struggle subjek ni sb terus ke final dan Diploma Show DG05!
my lecturer, Pn.Ellyna Hashim da mula final projek dr sekarang sebab taknak kelam kabut nanti.
Pn.Ellyna suruh pilih produk yang dekat di hati kita untuk keje final nanti.
saya pilih produk SimplySiti Cosmetics..
sebab? kulit saya sangattttt sesuai dgn produk tersebut.
mahal memang mahal yang penting bersesuaian.
sebelum ni kulit saya amat2 sensitif dengan produk lain especially bedak, mudah je naik jerawat.
tapi SimplySiti is da best!

yang penting sekali, tak sabar 1 Nov 2010!
sebab kelas saya akan bergabung dgn kelas grup C!
thanks to the person who's combine this grup together!

yeay!yeay! nak habis study da!

Saturday, October 2, 2010

ragam study bila nak final


ni la kawan kawan saya.
masa ni kami buat keje sama sama.
tarikh? hujung bulan 9, 2010.
tempat? area seksyen 7 je..

biasalah, bila da final ni, otak masing2 jd bengong.
macam2 ragam la.
saya? buat keje sambil online facebook, heee

ha, yang gambar bawah ni captured by haikal kedodo.
die sengaja tangkap candid.
yang perasan gambar ditangkap tu, sempat la mereka posing.
saya? nasib baik face expression ok! heee


credit to: haikal (yang muka die terpampang beso kat gambar bawah tu..=p)

Friday, September 24, 2010

perkahwinan ala cinderella @ fairytale


saya jumpa vid ni kat facebook.
tergerak hati nak tengok, so saya bukak la..
bila da tengok habis, fuhhhh!!
gempak betul la wedding mereka ni!

wedding Nur Nadiah SM Nasimuddin & Hamzah Alang Datuk Azman Shah.
memang wedding fairytale..
so, saya pun download la vid wedding mereka..
tak jemu tengok banyak2 kali, hehe..

saya pun mula la berangan saya kat tempat nadiah ni.
aduiyaiii, best betul!
Tapi no wonder la wedding mereka camni sebab dua2 kaya..

tapi bagi saya la, yang penting akad nikah je.
nikah kat pejabat kadi pun takpe sebab tu yang pentingnya.
ibu, nak kahwinnn!!!

meh kongsi sama2 gambar wed mereka..
nk tgk vid mereka? 
http://www.facebook.com/zarifahmunirah#!/video/video.php?v=116298388428792&ref=mf

nt saya upload kat blog ni vid mereka, k!

Nur Nadiah SM Nasimuddin


She and her hubby









video



Wednesday, September 22, 2010

final & praktikal

pejam celik pejam celik da nak habis da belajar.
rase macam baruuu je masuk unisel ni, hehe..

sekarang ni tengah struggle untuk siapkan semua final projek.
3D animation, advertising, adoi macam2..
semester ni juga kami takde cuti, uwaaaaa.....
tapi tak pelah, demi masa depan..=)

hujung tahun ni da praktikal.
adoi, peningnya la nak cari tempat praktikal.

kawan kawan, mana mau praktikal??

apa2 pun, siapkan final projek dulu!
ada masa 2 minggu je ni !

tapiii...
bulan mac 2011 da habis! yeayyy!!

Wednesday, September 15, 2010

konvoi raya with kawan kawan sekolah


hari ni kawan2 sekolah ajak g konvoi raya dari rumah ke rumah..
dalam 9 buah rumah jugak la g tadi..
kekenyangan sangat da kami, asyik makannnnn je..=)

nilah kawan2 masa sekolah rendah sampai la sekolah menengah..
susah nak jumpa mereka sekarang padahal rumah dekat2, tempat belajar pun ada yang dekat2 jugak..
tapi study commitment punya pasal, setahun sekali je dapat kumpul..

3 kereta g..
me? of course la drive my 'mini cooper'..=)

meh la saya nak kongsi gambar2 kami tadi bersama sama..


yum!yum! makan laksa, fav!




gurlss...




pinkish!




si lembut zery, haha



bermaafan..maaf??? hahaha





kami dapat berkumpul setahun sekali je..=)

kat umah saya!



snap dlu sblm gerak umah lain pulak..