Saturday, September 29, 2012

Jelajah Janji Ditepati @ Kompleks Belia, Paroi N9

29 Septermber 2012

Kali ni Jelajah Janji Ditepati bertandang ke Paroi, Negeri Sembilan.
Seperti biase, kami awal2 pagi da terpacak kat sane.
Kami tunggu PM sampai.
Bila mereka umumkan PM akan sampai, awal2 lagi kami amik port depan sekali, haha

PM datang naik kete Alphard..
Sume bersorak bile PM sampai! Excited! =D
Kawan aku amik kamera aku, g kejar PM, nak amik gambar dekat2..
Aku nk kejar pun da tak terkejar sebab raaaamai gile orang nak salam PM
Fuhhh~

Banyak aktiviti2 kat sane,,
Cuace pulak agak mencabar, panas terik memancar.
Sampai sunburn kulit

Petangnya pulak ade persembahan dari Steve Totten(betul ke aku tulis ni? hehe), finalis bekas peserta Showdown, M-Pop dan lain2 lagi)
Dalam pukul 4 lebih, kami pun pulang.

Letih tapi seronok!


ketibaan PM, MB, VVIP

PM dan MB berucap

Mereka

Persembahan petang

Majlis Makan Malam Muda Mudi (BBQ)

22 September 2012

Kami menghadirkan diri ke Makan Malam Muda Mudi di Blues HQ, Bangsar.
Kali ni memang tak ramai yang hadir, hanya satu kereta je sebab ramai yang ada hal haritu, its okey..=)

Sampai je sane (Blues HQ) kami terus makan.. antara menunya Nasi Goreng Kampung, dan bbq.. BBQ daging, BBQ ayam, BBQ sosej, BBQ daging burger..memang best!

Lepas makan, kamu buat meeting sikit..
Then terus balik sebab da lewat + penat hehe


Rumah Terbuka Majlis Belia N.Sembilan

15 September 2012

Kami (BNYV N9) ke destinasi seterusnya..
Kami ke Rumah Terbuka Majlis N9 di S2 Mall..

Lepas maghrib, kami gerak..
Alaa, dari rumah aku cume 10 min je, ikut highway, hehe
Masuk2 je, sume pandang sebab kami pakai baju BNYV
Of course kami bangga =D

Lunch ala-ala buffet, self service ye
Lepas amik makanan masing2, salah sorang dari ahli kami menghiburkan kami dengan menawarkan diri beliau menyanyi di atas pentas..
Kemudian, Harith< salah seorang co-volunteer BNYV ajak aku nyanyi duet atas pentas
OMG! Aku tak pernah nyanyi depan orang ramai, atas pentas??
Menari jelah aku pernah atas pentas depan org ramai @-@'

Akhirnya, aku pun g la menyanyi, lagu raya.
Budak2 dok mengadap kat tepi pentas tu.
Aku ajak naik pentas, malu2 pulak tu
Last2 naik la 2 orang atas pentas, ehehe..

Lepas ke Rumah Terbuka ni, kami supper kat R&K Satay City Park, Seremban 2.
Bincang2 apa2 yang patut..

Amik gambar dulu sebelum makannnnn

kami ada peminat dewasa juga, yg baju2 belang tu hehe =p


nilah muka2 yang menghadirkan diri ke Rumah Terbuka MN9


Meeting BNYV N9 @ Ijan Burger Paroi

9 September 2012Kami mengadakan perjumpaan santai, unofficial meeting di Ijan Burger..Mula-mula aku memang tak tau kat mane Ijan ni.Ada yang kata tempat ni famous tp aku tak pernah dengar, heheYang aku tau Ijan Burger ni ade kat Rasah Jaya je..=p

So, sebelum g meeting 9 malam, aku research la jalan nak ke sane.Laa rupe2nya kat stadium tu je haaa..Dokek yo, pueh la memikir kek mano tompek eh, haha

Sampai sane, mula2 yang same datang.Bagus lah sekurang2nya mereka sangat komited dan beri komitment yang bagus.Good job guys! =D

Aku bawak teman2 aku, Ain dan Ena..Ena ni baru first time ikut, saje nak bawak die.Sampai sane, da bincang2, pukul 11 malam kami pun pulang...


inilah antara mereka..=)

Wednesday, September 12, 2012

Lunch @ Kenny Rogers Jusco Seremban 2

9 September 2012
Memandangkan semalam semua busy..
Ibu ada order kuih 400 biji..
Aku dan adik ppuan g open house kat Klang n Bangsar..
So harini semua kepenatan dan malas..

Ibu kata malas nak masak.
Aku cakap makan luar jelah..
Ayah kata jom makan Kenny Rogers..
Semua kata JOMM!!

Tengahari tu sume siap2..
Sampai Kenny Rogers, meja penuh..
Ada satu meja ni ngam2 untuk kami sekeluarga tapi kotor, tak dikemaskan lagi..
Aku duduk jelah kat meja tu, nanti org lain duduk pulak..

Dekat setengah jam, panggil pelayan2 tu sume pandang pastu blah, tak datang kemas meja!
eeii sume da lapar tau tak..
servis teruknyaaa..

Lepas makan, aku n hero2 jalan2 kat dalam jusco..
Yang lain balik umah sambung tido, HEHE~





nilah lunch saya








Monday, September 3, 2012

Hujung Minggu di Cameron Highlands

2 September 2012, aku dan keluarga habiskan masa kat Cameron.
Plan asal nak stay sane 3hari 2malam..
Deposit hotel pun da bayar da.
Then,tak jadi tido sane..burn deposit tu,RM100..

Kami decided untuk balik hari je..
So hari ahad, 6pagi kami da gerak ke Cameron.
Kami berhenti sarapan kat RnR Seremban sebab aku kena sarapan cepat2, nanti sakit kepala.
Almaklum la, aku kena jd driver, kena jadi stamina, hehe =p

Pukul 7pagi sampung perjalanan..
Sampai puncak Cameron pukul 10pagi..
Cuaca cuma sejuk2 manja je, hehe..

First kami ke ladang teh Cameron Bharat.
Boleh nampak kat sebelah kiri, kalau nak naik ke Brinchang..
Die ada kedai minum teh sekali..

Then kami naik terus ke Brinchang dan shoppinggss! HEHE~


cawan besar2!

ladies <3 td="td">



borong bunga je kat sane, HEHE~

BNYV Negeri Sembilan

Aku baru je daftar untuk jadi volunteer BNYV N9 punye..
Dekat sikit kalau ada apa2 event atau aktiviti..

30 Ogos 2012, 1030pm first meeting untuk ahli2.
Meeting kat NKI Bistro, Seremban Parade.
Aku datang dengan adik aku yg study kat Melaka tu, peneman.

Tak ramai first meeting ni tp takpe sebagai permulaan.
InsyaAllah akan lebih ramai lagi ahli2 untuk BNYV N9..=)

Kalau nak tau, aku n adik aku je gadis, maluuuu, hehe
Tapi takpe sebab nak kumpul pengalaman dan tambah kawan2.
Tulah tujuan utama aku join BNYV =)

Ibu pun kata "Elok la kamu join BNYV, boleh tambah kawan..kalau tak, asyik ngadap kuih koci je.." HEHE~~
Yeay! Ibu sokonggg! =))

Oghang2 Nismilan, sapo yang nak join, boleh yo klik link ni..
LIKE dan borang daftar ada kat wall tu..
Mari meramaikan! =D


ni lepas meeting, dalam pukul 1 pagi.. 

Wednesday, August 29, 2012

Raya Datang Lagi !

Masih tak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..
Raye kan sebulan, hehe..
Kebanyakkan keluarga akan buat warna tema mereka tersendiri..
Family aku pun  mcm tu jugak..

Tahun ni kami greenish..
Ayah nak kami pakai baju sutera Terengganu yg bertemakan hijau..
Sebenarnya sebelum puase lagi kami da tempah baju raye awal2, senang..
Nanti takdelah terkejar2 sebab kami semua ni memang suke laa shopping last minute..

Bila da siap baju raye awal, mase bualn puase tinggal beli yang 'kecik2' jela..

Tahun ni kami beraya ni Nismilan..Negeri Sembilan la, hehe
Kampung sebelah ibu..best raye kt kg sini..
Ayah pun raye kat nismilan..=D

Seminggu aku berkampung, malas la pulak nak balik rumah sendiri, hehe..



*Layan gambar jelah k..=)

keluarga ku

tiap2 tahun adik no2 aku ni mest ganjil baju raye..

kire gelang, cam tak cukup banyak je..=p (i'm addicted to indian bangles)

bonda sayang!

keluarga maklong..ade lg ni, ni baru sikit..anak2 maklong ramaii

nenda! baju nenek pun same cam kami jugak

RAYA KEDUA: raya kat kg.kanchong, rantau.

kat umah adik nenek..nenek busu..=D